Harian Metro

Berebut makanan dengan ribuan lalat

„ 500 Orang Asli hidup tak tenteram berjiran ladang ayam

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

“Kehidupan kami tidak tenteram, bayangkan hendak makan pun terpaksa berebut dengan lalat,” kata Tok Batin Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, Othman Abdullah berhubung masalah lalat yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Masalah serangga yang dihadapi lebih 500 penduduk kampung itu dipercayai berlarutan sejak 30 tahun lalu serta didakwa berpunca dari ladang ternakan ayam di kampung berkenaan.

Othman mendakwa, penduduk melaksanak­an pelbagai usaha termasuk mengutarak­an masalah itu kepada pihak berwajib, namun tiada jalan penyelesai­an.

“Dalam masa setahun, empat kali penduduk berdepan dengan ‘serangan’ lalat, malah masalah ini turut menyebabka­n punca rezeki penduduk yang berniaga makanan terjejas.

“Pelanggan enggan datang ke kedai kerana bimbang kesihatan terganggu jika lalat hurung makanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Selain itu, Othman berkata, lalat yang menjadi masalah kepada penduduk kampung itu membiak dengan cepat sehingga perangkap digunakan tidak memadai memandangk­an jumlah serangga itu banyak.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah berkenaan kerana sudah banyak kali aduan dibuat.

“Jangan pandang masalah ini sambil lewa hanya kerana kami Orang Asli,” katanya.

Dalam pada itu, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, Ghani Kuchang berkata, penduduk berasa kecewa kerana ladang ternakan ayam itu beroperasi berdekatan kawasan penempatan hingga menjejaska­n kehidupan harian mereka.

“Serangan lalat ini bermusim iaitu selepas ayam dikeluarka­n untuk dipasarkan dan ketika itu, lalat akan keluar dari kawasan ladang dan terbang di kawasan kampung.

“Apa yang kami bimbangkan, ladang ternakan itu semakin berkembang sedangkan masalah serangan lalat terus menghantui penduduk kampung ini,” katanya.

Jangan pandang masalah ini sambil lewa hanya kerana kami Orang Asli”

Othman

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK dakwa masalah lalat berlarutan sejak 30 tahun lalu.
PENDUDUK dakwa masalah lalat berlarutan sejak 30 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia