Harian Metro

Lelaki rayu bebaskan kekasih

-

Shah Alam: Seorang lelaki warga tempatan merayu kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen supaya melepaskan rakan wanitanya yang sebelum itu ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan, awal pagi semalam.

Lelaki itu mendakwa rakan wanitanya berasal dari luar negara itu adalah penuntut di sebuah institusi di negara ini dan tindakan menahannya memberi imej tidak baik kepada negara.

Bagaimanap­un, rayuan lelaki itu tidak berjaya melembutka­n hati penguat kuasa, sebaliknya lelaki itu diminta datang ke pejabat imigresen untuk tindakan susulan.

Itu antara senario yang berlaku ketika penguat kuasa jabatan itu menjalanka­n Ops Ikrar dan Ops Gegar mulai jam 8 malam kelmarin hingga 2 pagi semalam.

Operasi itu dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu dua pusat hiburan masing-masing di Petaling Jaya dan Subang Jaya serta di tapak pembinaan U16, di sini.

Operasi itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali bersama Pengarah Imigresen Selangor, Omran Omar.

Sementara itu, Mustafar berkata, seramai 365 warga asing diperiksa dalam operasi selama enam jam itu membabitka­n pelbagai negara.

“Daripada jumlah itu, 68 orang ditahan termasuk seorang warga tempatan kerana melindungi warga asing dan mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 153),” katanya ketika ditemui selepas operasi itu selesai, awal pagi semalam.

Dalam operasi itu, semua yang ditahan berusia antara dua hingga 59 tahun.

Menurut Mustafar, pemeriksaa­n dan tangkapan itu membabitka­n warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Fillipina, Thailand dan Vietnam.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tiada pas sah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi warga asing,” katanya.

 ??  ?? ANTARA wanita warga asing yang ditahan
Jabatan Imigresen Negeri Selangor.
ANTARA wanita warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Negeri Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia