Harian Metro

60% tanah lembap pupus

-

Kuala Selangor: Sebanyak 60 peratus tanah lembap di seluruh dunia didapati hilang disebabkan projek pembanguna­n sejak 20 tahun lalu.

Berikutan itu, fungsi semula jadi kawasan berkenaan sebagai benteng penampan bencana alam sudah hilang.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Henry Goh berkata, dalam beberapa dekad kebelakang­an ini, terdapat pendorong perubahan cuaca seperti banjir kilat, ribut dan tsunami dengan 90 peratus daripada bencana alam ini membabitka­n air.

“Tanah lembap yang sihat mampu mengurangk­an kesan bencana alam serta mempercepa­tkan proses pemulihara­an alam sekitar.

“Bagaimanap­un, kawasan tanah lembap kini menghadapi status membimbang­kan apabila 60 peratus tanah lembap dunia hilang sejak 20 tahun lalu akibat arus pembanguna­n.

“Kita berharap semua penduduk dunia dapat berganding bahu dalam menjaga tanah lembap sebagai khazanah yang sangat bernilai untuk kita,” katanya pada pelancaran Hari Tanah Lembap Sedunia 2017 dan Perasmian Pusat Sumber di Taman Alam Kuala Selangor di sini, semalam.

Program berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Henry berkata, banyak struktur tanah diubah suai untuk pembanguna­n namun pihaknya bersyukur masih ada kawasan diwartakan sebagai tanah atau hutan simpan supaya generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam semula jadi pada masa depan.

“MNS mengucapka­n tahniah kepada MDKS dan Taman Alam Kuala Selangor kerana mendapat ilham untuk membina sebuah Pusat Sumber di sini dan berharap ia akan memberikan tindak balas positif kepada mereka yang ingin mendapatka­n maklumat lebih lanjut berkenaan tanah lembap,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia