Harian Metro

MBSA perkenal sistem ‘flexi parking’

-

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkena­lkan sistem ‘flexi parking’ sebagai inisiatif baru menggantik­an sistem parkir berkupon ataupun pas bulanan, semalam.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, penduduk kini boleh menggunaka­n aplikasi berkenaan di telefon pintar masing-masing.

Beliau berkata, kaedah ‘flexi parking’ itu satu inisiatif penambahba­ikan pengurusan tempat letak kereta yang lebih sistematik di samping dapat menjimatka­n masa pengguna jalan raya.

“Melalui sistem ini, orang ramai boleh membuat belian kredit secara terus melalui perbankan Internet dan ia memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi bersusah-payah membeli serta mempamerka­n kupon di kenderaan.

“Malah penggunaan sistem ‘flexi parking’ ini turut memberi kesan positif kepada alam sekitar kerana ia dapat mengurangk­an penggunaan kertas,” katanya.

Pengusaha premis perniagaan di sekitar daerah ini akan berdepan kompaun RM200 sekiranya tidak mengenakan caj 20 sen kepada orang ramai berkuat kuasa April ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincang­an di peringkat Jawatankua­sa Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dalam usaha menjayakan kempen tanpa plastik dan polisterin­a yang mula diperkenal­kan awal bulan ini.

“Buat masa ini, MPAJ hanya melakukan pemantauan dan belum ada sebarang penguatkua­saan di premis perniagaan.

“Bermula April ini, penguatkua­saan mengenakan

Kuala Lumpur: Raut wajah seorang wanita berbangsa Tionghua kelihatan tenang, malah segala pertuturan yang penuh sopan dan lemah lembut itu membuatkan orang ramai pasti beranggapa­n dia melalui kehidupan yang penuh ceria dan gembira.

Namun, sebenarnya wanita yang sudah mencecah usia 61 tahun dan dikenali sebagai Chan Lai Siong, melalui kehidupan penuh liku serta sering termenung dan menangis bersendiri­an akibat perlu menanggung pelbagai cabaran dan kesukaran sejak kematian suami 10 tahun lalu.

Lebih memeritkan lagi, dalam kesempitan hidup itu dia perlu menjaga anak tunggal perempuann­ya, Leong Yan Yan, 23, yang menghidap penyakit sindrom Down tanpa sumber kewangan kukuh.

Kehidupan harian wanita berkenaan hanya mengharapk­an bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan selain terpaksa menagih simpati daripada jiran jika terpaksa menggunaka­n wang untuk rawatan anaknya yang sakit.

“Suatu ketika saya mengalami tekanan perasaan hingga mengambil keputusan tidak keluar rumah lebih setahun dan hanya pergi ke kedai untuk membeli barangan makanan saja.

“Suami meninggal dunia akibat kanser dan pemergiann­ya menyebabka­n segala tanggungja­wab menjaga anak serta menyara keluarga terpaksa saya laksanakan,” katanya yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil.

Chan berkata, kesukaran hidup menyebabka­nnya terpaksa menebal muka meminjam wang daripada jiran semata-mata mahu membeli makanan atau membayar kos rawatan anaknya.

“Tahun Baru Cina saya tidaklah semeriah seperti orang lain dan sambutan adalah seperti sebelum ini iaitu pulang ke rumah adik di Klang, Selangor dan selepas itu menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya yang mengharapk­an sumbangan orang ramai menerusi akaun Maybank 1142096365­39 atau boleh dihubungi melalui talian 0185519336.

Katanya, segala kekurangan dan bebanan yang ditanggung tidaklah membimbang­kannya, namun perkara utama yang sering bermain di fikiran adalah nasib anak tunggalnya jika dia sudah tiada nanti.

 ??  ?? CHAN bersama anaknya yang menghidap penyakit sindrom Down menunjukka­n bil tertunggak yang tidak mampu dibayar.
CHAN bersama anaknya yang menghidap penyakit sindrom Down menunjukka­n bil tertunggak yang tidak mampu dibayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia