Harian Metro

PLATFORM RCEP GANTI TPPA

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) akan menjadi platform dagangan antarabang­sa untuk Malaysia dan sembilan negara ASEAN dalam membuka pasaran baru selepas Per- janjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) tidak menjadi kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE),

Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, pengundura­n Amerika Syarikat daripada TPPA menjadikan RCEP sebagai fokus dan alternatif kepada Malaysia untuk meningkatk­an perdaganga­n.

Katanya, RCEP yang dijangka dimuktamad­kan tahun ini cadangan perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) antara 10 negara anggota ASEAN dan

enam negara yang mempunyai FTA sedia ada dengan ASEAN iaitu China, Jepun, India, Australia, Korea Selatan dan New Zealand.

“RCEP boleh membantu syarikat tempatan mengembang­kan perniagaan mereka di rantau ini selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumka­n pengundura­n AS daripada perjanjian perdaganga­n itu.

“Malaysia bernasib baik kerana tidak bergantung pada satu perjanjian perdaganga­n untuk merangsang ekonomi dan mempunyai pilihan lain, termasuk RCEP dan Komuniti Ekonomi ASEAN,” katanya kepada media selepas majlis makan tengah hari bersama media, di sini, semalam.

Menurutnya, Malaysia juga

Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau jadi pilihan Malaysia buka pasaran baru

akan meneruskan FTA dengan rakan dagang dan berunding dengan beberapa negara lain seperti Iran dan Sri Lanka.

Rundingan RCEP yang meliputi tiga bilion penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$17 trilion, dilancarka­n secara rasmi pada November 2012 sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kemboja.

RCEP meliputi perdaganga­n barangan, perkhidmat­an dan pelaburan, ekonomi dan kerjasama teknikal, hak harta intelek, persaingan, penyelesai­an pertikaian dan isu lain.

Sementara itu, Dzulkifli akan menamatkan tugas di MATRADE esok selepas berkhidmat dalam perkhidmat­an awam selama 34 tahun dan 21 tahun di agensi kerajaan. Beliau memulakan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE bermula 15 Jun 2015, berikutan persaraan Datuk Dr Wong Lai Sum.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia