Harian Metro

Sweden intai peluang dagang di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Persekitar­an ekonomi Malaysia yang sentiasa berkembang memberikan gambaran positif kepada Sweden yang menjangkak­an lebih banyak peluang dagangan dua hala antara kedua-dua negara berkenaan untuk dimeterai pada masa hadapan.

Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt berkata, prestasi cemerlang Malaysia dapat dilihat melalui pertumbuha­n memberangs­angkan dalam beberapa suku yang lalu walaupun dilanda kegawatan ekonomi global dilihat menjadi faktor penarik kepada syarikat Sweden untuk melabur di negara ini.

Beliau berkata, perkara terbabit turut didorong persekitar­an perniagaan yang begitu mapan menjadikan ia lebih berdaya saing dan mewujudkan ekosistem ekonomi negara yang cekap.

“Malaysia negara membangun dengan kekuatan institusi kukuh dengan kepadatan penduduk berpendidi­kan tinggi yang ramai menjadikan­nya lebih unik.

“Bagi Sweden, kami mencari peluang untuk masa depan dengan keyakinan yang besar dan melihat minat yang kukuh secara berterusan dalam kalangan peniaga Sweden dalam mewujudkan hubungan niaga di negara ini dan rantau Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui selepas berucap pada Seminar Pengilanga­n Berkesan dan Digital, di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp), Datuk Dr Mohamed Al-Amin Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim.

Berdasarka­n kaji selidik atas talian dilakukan Business Sweden pada November hingga Disember 2016, 72 responden daripada industri perkilanga­n menyatakan keyakinan terhadap prospek perniagaan di Malaysia.

Dalam kaji selidik yang sama, 74 peratus syarikat Sweden di negara ini menunjukka­n peningkata­n dalam tempoh tiga tahun dan 90 peratus daripadany­a dijangka berkembang tiga tahun berikutnya.

 ??  ?? DAG bersama Ahmad dan Dr Mohamed Al-Amin pada Seminar Pengilanga­n Berkesan dan Digital, semalam.
DAG bersama Ahmad dan Dr Mohamed Al-Amin pada Seminar Pengilanga­n Berkesan dan Digital, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia