Harian Metro

Nama baru Chatime

„ Loob Holding labur RM10 juta tukar jenama di 165 cawangan seluruh negara

- Hafiz Ithnin hafizithin@mediaprima.com.my

Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding) optimis mampu mencatatka­n lima juta pelanggan baru sebulan pada tahun depan selepas melaksanak­an langkah penjenamaa­n minuman teh moden, Chatime.

Aktiviti penukaran jenama itu dilaksanak­an selepas Loob Holding menerima surat pelucutan hak sebagai pemegang lesen francais Chatime pada 5 Januari lalu daripada syarikat francais induk jenama berkenaan dari Taiwan, La Kaffa Internatio­nal Co Ltd (La Kaffa).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Bryan Loo berkata, aktiviti penjenamaa­n semula itu bermula 45 hari dari tarikh pihaknya menerima surat pelucutan hak daripada La Kaffa dan ia membabitka­n penukaran jenama bagi semua 165 cawangan sedia ada Chatime.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pihaknya melaburkan RM10 juta dan merancang mempunyai 250 cawangan termasuk 165 cawangan sedia ada menjelang 2018.

“Buat masa ini, daripada jumlah keseluruha­n cawangan Chatime, 35 peratus daripadany­a dimiliki francaisi dan mereka bersetuju mengunakan jenama baru yang akan diumumkan dalam tempoh 45 hari ini.

“Mengenai jenama baru berkenaan, kami masih mengekalka­n warna ungu sebagai jenama rasmi dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong kami seperti mana kehadiran Chatime buat kali pertama di negara ini pada 2011,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Sejak jenama itu muncul di Malaysia, Chatime berjaya meraih pendapatan tinggi dan menyumbang sekitar 50 peratus daripada keseluruha­n jualan global dengan dua juta pelanggan sehari.

Bryan berkata, keseluruha­n aset Chatime di Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh Loob Holding dan pihaknya hanya menggunaka­n jenama Chatime dari La Kaffa.

Katanya, pihaknya turut mengekalka­n resipi sedia ada dan ia bukan tertakluk dalam perjanjian francais dengan La Kaffa.

“Aktiviti penjenamaa­n ini tidak menganggu rancangan Loob Holding untuk disenaraik­an di bursa saham pada 2018. Bagaimanap­un, masa untuk melaksanak­annya mungkin berubah atau pada tahun yang sama kami tidak dapat mengesahka­n lagi,” katanya.

Loob Holding terima surat pelucutan hak sebagai pemegang lesen francais Chatime 5 Januari lalu

 ??  ?? BRYAN (kiri) dan Pengurus Besar Loob Holding, Loo Cher Leng pada sidang akhbar, semalam.
BRYAN (kiri) dan Pengurus Besar Loob Holding, Loo Cher Leng pada sidang akhbar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia