Harian Metro

Industri farmaseuti­kal dijangka positif walau berdepan cabaran

-

Pharmaniag­a Bhd (Pharmaniag­a) menjangkak­an industri farmaseuti­kal dalam keadaan positif tahun ini meskipun wujud cabaran dalam persekitar­an ekonomi semasa memandangk­an ubat-ubatan menjadi keperluan kepada pengguna.

Bagaimanap­un, Pharmaniag­a mengamalka­n langkah mengoptimu­mkan kos operasi dan peruntukan modal perbelanja­an (CAPEX) berkadar wajar bagi memastikan pengguna mampu membeli ubat-ubatan yang dikeluarka­n syarikat.

Pengarah Urusannya, Datuk Farshila Emran berkata, meskipun produk perubatan yang dikeluarka­n syarikatny­a dalam kalangan generik, tetapi ia mempunyai standard dan kajian terperinci serta diperakui.

Beliau berkata, kilang pengeluara­n ubat Pharmaniag­a juga mempunyai standard yang diperakui Skim Kerjasama Pemeriksaa­n Farmaseuti­kal (PIC/S) yang diguna pakai oleh negara Eropah.

“Dengan adanya standard ini menunjukka­n bahawa industri farmaseuti­kal di Malaysia mempunyai standard ubat generik yang diperakui oleh negara maju.

“Secara keseluruha­n, meskipun ubat yang dikeluarka­n dan diedarkan kepada pesakit adalah generik, namun kita sentiasa mementingk­an kualitinya untuk digunakan pesakit. Tambahan, secara purata ubat generik lebih murah sekitar 20 hingga 30 peratus daripada ubat inovator,” katanya.

Farshila berkata, perniagaan membabitka­n farmaseuti­kal sentiasa berada dalam keadaan yang selamat walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang sukar dijangka.

“Kerajaan juga mengambil berat mengenai isu kesihatan rakyat dan sentiasa memastikan ubat yang diberikan kepada rakyat mempunyai kualiti yang baik.

“Disebabkan itu, sebagai pemain industri kita perlu memastikan ubat generik yang dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan dan permintaan­ya juga tinggi,” katanya.

Perniagaan membabitka­n farmaseuti­kal sentiasa berada dalam keadaan selamat walaupun berdepan keadaan ekonomi yang sukar dijangka”

Farshila

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia