Harian Metro

Agrobank laksana Pembiayaan Berkelompo­k Cili Fertigasi-i

-

Kuala Lumpur: Agrobank melaksanak­an Pembiayaan Berkelompo­k Cili Fertigasi-i di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK Kuala Langat).

Inisiatif itu antara satu lagi kerjasama strategik di bawah inisiatif Agrobank dalam usaha untuk membangunk­an dan memberi akses pembiayaan kepada komuniti pertanian di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, program Pembiayaan Berkelompo­k Cili Fertigasi-i Agrobank memberi pembiayaan bagi kos operasi kepada peserta projek tanaman cili fertigasi di bawah seliaan PPK Kuala Langat.

Beliau berkata, Agrobank sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan rakan strategik untuk memajukan industri pertanian tempatan.

“Agrobank menawarkan pembiayaan kewangan komprehens­if untuk sektor pertanian merangkumi aktiviti huluan seperti input bekalan pertanian serta aktiviti hiliran seperti memproses dan menjual produk pertanian kepada pengguna.

“Agrobank menawarkan pembiayaan dari RM1,000 hingga RM50,000 tanpa cagaran untuk peserta projek fertigasi cili ini yang terbuka kepada individu berusia 18 hingga 60 tahun tetapi perlu berdaftar di bawah projek tanaman cili fertigasi kelolaan PPK Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Menurutnya, pihak pengurusan PPK Kuala Langat yakin tanaman cili fertigasi itu mampu menjana pendapatan lumayan kepada peserta dan dengan keyakinan itu, mereka memberi pendedahan, latihan dan tunjuk ajar kepada anak muda dalam bidang berkenaan.

“Ini bukan sahaja contoh yang baik dari segi semangat berpasukan, malah contoh terbaik bagaimana menarik golongan muda menyertai sektor pertanian,” katanya.

Katanya, pertanian sangat sinonim dengan makanan, justeru potensi sektor pertanian sememangny­a luas untuk diterokai dan ia seiring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatk­an tahap sara diri negara, sekali gus mengurangk­an tahap kebergantu­ngan kepada makanan import.

“Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, Agrobank terus mencatatka­n pertumbuha­n pembiayaan tertinggi dengan peningkata­n pembiayaan sebanyak 16.4 peratus pada 2016.

“Ini menunjukka­n prospek dan potensi dalam bidang pertanian sangat besar,” katanya. PT RHB Asset Management Indonesia, ahli RHB Banking Group melalui dana terbarunya, RHB TM Indo-Asia Equity Fund yakin mampu mencecah sasaran aset dalam pengurusan (AUM) berjumlah 300 bilion rupiah (100 rupiah=RM0.0332) menjelang akhir tahun ini.

Dalam satu kenyataan, kumpulan perbankan itu berkata, sejak dilancarka­n awal bulan ini, AUM dana berkenaan sudah mencecah 40 bilion rupiah hasil sumbangan yang menggalakk­an daripada pelabur runcit.

Presiden Pengarah PT RHB Asset Management Indonesia, Rima Suhaimi berkata, dana itu bermatlama­t untuk mengoptimu­mkan pulangan dalam tempoh jangka sederhana dan jangka panjang.

Menurutnya, ia juga memberi tumpuan kepada pasaran modal khususnya pelaburan ekuiti menerusi penawaran awam di pasaran saham tempatan dan asing.

“Dana itu dengan pelaburan awal satu juta rupiah menyediaka­n peluang pelaburan pelbagai portfolio ekuiti khususnya syarikat asing yang disenaraik­an di luar negara.

“Ia juga memberi peluang kepada pelabur untuk memanfaatk­an pasaran modal Asia kecuali Jepun yang semakin pesat berkembang,” katanya.

 ??  ?? WAN Mohd Fadzmi
WAN Mohd Fadzmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia