Harian Metro

Mati dirempuh mahu lihat SRK

-

Gujarat (India): Seorang peminat maut manakala beberapa yang lain cedera selepas orang ramai merempuh sebuah stesen kereta api untuk melihat kelibat bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

Shah Rukh, 51, mengunjung­i bandar Vadodara di Gujarat untuk mempromosi­kan filem terbarunya, Raees, namun kehadirann­ya di tempat terbuka itu memakan diri.

Ribuan peminat bergegas ke stesen itu apabila mengetahui Shah Rukh yang digelar Raja Bollywood itu tiba menaiki kereta api dari New Delhi.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila peminat mula merempuh satu sama lain untuk cuba melihat kelibat ikon filem India itu yang melambai dari pintu kereta api berkenaan.

Akibatnya, mangsa, Farid Khan Pathan, 45, terjatuh dan pengsan ketika kejadian dan disahkan mati di hospital.

Bintang filem itu dalam satu kenyataan mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa.

“Malangnya seorang peminat saya terbunuh dalam kejadian...Saya amat bersimpati. Semoga rohnya tenang dan keluargany­a terus kuat.”

Rakaman televisyen menunjukka­n peminat berpusu-pusu ke arah gerabak dinaiki bintang itu sambil menolak satu sama lain untuk mengambil gambar menggunaka­n telefon bimbit, dengan anggota polis dilihat memegang belantan untuk cuba mengawal orang ramai.

Menteri kereta api India, Suresh Prabhu berkata, dia akan mengarahka­n polis untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas.

Pegawai kanan polis kereta api, Sharad Singhal pula berkata, dua anggotanya cedera dalam kekecohan itu selain akan menentukan sama ada pelakon itu meminta kebenaran sebelum acara berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia