Harian Metro

Trump kota janji

- AFP

Presiden AS mula langkah bina tembok sempadan AS-Mexico

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam melaksanak­an langkah pertama ke arah menunaikan janjinya untuk membina tembok di sempadan Mexico dengan mengeluark­an perintah eksekutif selain beberapa perintah lain berkaitan dengan imigresen.

Rumah Putih berkata, Trump dijangka melaksanak­an beberapa langkah berkaitan dengan imigresen susulan lawatannya ke Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri.

Sementara itu, Trump turut membuat pengumuman di Twitter, semalam.

“Perancanga­n besar untuk keselamata­n dalam negeri. Antara lain, kami akan membina tembok itu!” katanya.

Selain itu, Trump dijangka meluluskan langkah-langkah membolehka­n tindakan diambil terhadap ‘bandar perlindung­an’ di mana pihak berkuasa tempatan enggan bekerjasam­a menahan dan menghimpun­kan pendatang asing tanpa izin untuk diusir dari AS.

CNN melaporkan Trump merancang meningkatk­an bilangan ejen kastam dan kawalan sempadan.

Menghalang kemasukan pendatang asing ke Amerika Syarikat antara manifesto utama kempen pilihan raya Trump yang menyuaraka­n hasrat membina tembok sepanjang 3,200 kilometer di sempadan antara AS dan Mexico.

Sebahagian daripada sempadan itu sudah dipagar, tetapi Trump berpendapa­t tembok diperlukan untuk menghalang pendatang tanpa izin masuk dari Amerika Latin.

Bagaimanap­un, pakar menyuaraka­n keraguan sama ada tembok itu benar-benar mampu mengekang kemasukan pendatang tanpa izin, dan sama ada berbaloi melaburkan berbilion dolar dalam projek seperti itu sedangkan ada kaedah lain yang mampu mencapai hasil sama tanpa perbelanja­an setinggi itu.

Trump turut berjanji memastikan Mexico membayar kos tembok itu, sesuatu yang kerajaan Mexico sifatkan sebagai tidak realistik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia