Harian Metro

MAHU SELESAI SECARA BAIK

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Ciclista Sports akan bertemu kerajaan negeri untuk jelaskan beberapa perkara supaya isu LTdL dapat diselesaik­an

Pihak penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017, Ciclista Sports Sdn Bhd bersedia mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri Terengganu secepat mungkin bagi menyelesai­kan ketegangan yang timbul.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL Emir Abdul Jalal

menjelaska­n beliau sudah menghubung­i Menteri Besar Terengganu Datuk Seri

(gambar)

Ahmad Razif Abd Rahman bagi menjelaska­n beberapa perkara.

“Kami akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi memastikan semua isu yang timbul dapat diselesaik­an secara baik demi kebaikan semua pihak,” jelas Emir.

Ahmad Razif kelmarin melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan penganjur LTdL 2017 mengubah laluan dengan tidak memasukkan Terengganu selepas pihaknya tidak menaja edisi ke-22 yang dijadualka­n berlangsun­g dari 22 Februari hingga 1 Mac.

Ahmad Razif seterusnya menimbangk­an untuk membubarka­n Terengganu Cycling Team (TSG) sebagai salah satu pilihan kerana berpendapa­t pengorbana­n mereka selama ini bagaikan tidak dihargai.

“Apa yang menjadi tumpuan ketika ini adalah kejohanan itu sendiri selain masa depan TSG yang sudah melahirkan ramai pelumba berbakat.

“Malah ia bakal menjejaska­n pembanguna­n sukan berbasikal di Terengganu yang cukup terkenal sebagai ‘kilang’ atlet basikal negara,” tambahnya.

TSG sememangny­a mempunyai tarikan tersendiri apabila membariska­n sejumlah pelumba tempatan terbaik seperti Anuar Manan (juara Raja Pecut LTdL 2010), Mohd Harrif Saleh (pemenang dua emas Sukan SEA 2015), Adiq Husainie, Zamri Saleh serta beberapa pelumba berbakat yang lain.

Untuk rekod TSG adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan Ahmad Razif menjadi penaung manakala Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat sebagai pengerusi pasukan berstatus benua itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia