Harian Metro

Sandaran emas sulung

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

“Memang ada sedikit tekanan untuk menghadiah­kan emas. Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana yang penting, fokus terhadap persembaha­n dan menambat hati pengadil untuk mendapat markah tinggi

Lee Yhing Hui

„ Skuad renang berirama ditagih ulangi pencapaian cemerlang di Singapura

Skuad renang berirama sumbang satu emas di Singapura dua tahun lalu

Skuad renang berirama sekali lagi menjadi pertaruhan buat kontinjen negara untuk menyumbang emas pertama pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan berlangsun­g Ogos ini.

Tiga emas menjadi taruhan skuad negara sebelum tirai temasya Sukan SEA dibuka secara rasmi pada 19 Ogos nanti.

Justeru, tugas itu sekali lagi bakal digalas Lee Yhing Hui yang diharapkan dapat mengulangi pencapaian di Singapura dua tahun lalu apabila menjadi penyumbang emas pertama menerusi acara duet.

Bagi Yhing Hui, dia cuba untuk tidak terlalu memikirkan tekanan itu dan lebih memberi fokus terhadap rutin acara berkenaan.

“Memang ada sedikit tekanan untuk menghadiah­kan emas. Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana yang penting, fokus terhadap persembaha­n dan menambat hati pengadil untuk mendapat markah tinggi,” katanya.

Dua tahun lalu, skuad renang berirama menyumbang­kan satu emas menerusi acara duet serta dua perak acara berpasukan dan kombinasi bebas.

Mengulas mengenai gandingan barunya bersama Gan Hua Wei selepas Katrina Ann Abdul Hadi mengumumka­n persaraan, Yhing Hui, 25, berkata kombinasi bersama atlet berusia 18 tahun itu semakin baik dan menegaskan perbezaan umur tidak menghalang mereka menghadiah­kan emas menerusi acara duet.

Sementara itu bagi Hua Wei, dia mengakui agak gementar apabila mengalas tugas bersama Yhing Hui namun perasaan itu semakin hilang selepas lebih setahun bersama.

Menyandark­an pengalaman meraih perak pertama negara di Terbuka Jerman pada Februari tahun lalu dalam acara solo, Hua Wei berharap dapat membantuny­a di Sukan SEA nanti.

Acara renang berirama menyaksika­n lima emas menjadi taruhan dengan skuad negara menyasarka­n sekurang-kurangnya tiga emas dalam acara yang akan berlangsun­g dari 17 hingga 20 Ogos dengan seteru utama adalah Singapura.

 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? YHING Hui (kanan) makin serasi berganding­an dengan Hua Wei (kiri).
FOTO: OWEE AH CHUN YHING Hui (kanan) makin serasi berganding­an dengan Hua Wei (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia