Harian Metro

Penerjun kembali ‘berguru’ di China

-

Lumpur: Barisan skuad terjun negara kembali berkampung di China selepas Tahun Baru Cina sebagai persediaan menghadapi dua kejohanan besar - Kejohanan Terjun Siri Dunia dan Grand Prix di Jerman.

Ketua jurulatih negara Yang Zhuliang berkata, kesemua atlet, termasuk barisan penerjun muda negara akan berlepas ke China pada 7 Februari depan.

Katanya, kem latihan di China itu dianggap perlu sebagai persediaan menghadapi siri pertama di Beijing, China pada 3 Mac diikuti Dubai (23 Mac) dan Kazan, Russia (31 Mac) manakala bagi mereka yang tidak layak beraksi bakal ke Jerman untuk menghadapi Kejohanan Grand Prix.

“Ketika ini semua berjalan mengikut perancanga­n. Atlet akan berdepan dengan kem latihan 10 hari di China sebelum kembali pada 18 Februari untuk ke Jerman.

“Pandelela (Rinong), Dhabitah (Sabri) dan (Cheong) Jun Hoong akan meneruskan latihan kerana akan menyertai siri pertama Kejohanan Terjun Dunia,” katanya.

Barisan penerjun elit negara seperti Oii Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Chew Yiwei, Ng Yan Yee dan Muhammad Syafiq Puteh akan mengibar cabaran negara di Jerman selepas gagal menyerlah di Olimpik bagi membolehka­n mereka beraksi di Kejohanan Terjun Siri Dunia.

Zhuliang berkata, beliau yakin terhadap kemampuan penerjun negara untuk menyapu bersih kesemua 13 pingat dipertandi­ngkan di Sukan SEA.

Malah Zhuliang sendiri menaruh keyakinan tinggi kepada atlet negara untuk merealisas­ikan sasaran itu.

“Misi skuad terjun adalah sama. Meraih emas setiap kejohanan yang mereka sertai. Bukan hanya di Sukan SEA, Sukan Asia, Kejohanan Dunia dan di masa saja, kami akan berusaha untuk menghasilk­an emas,” katanya.

 ??  ?? DHABITAH (kanan) dan Jun Hoong sertai siri pertama Kejohanan Terjun Dunia.
DHABITAH (kanan) dan Jun Hoong sertai siri pertama Kejohanan Terjun Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia