Harian Metro

Tigress ke Eropah

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Hasrat pengendali skuad hoki wanita Muhammad Dhaarma Raj Abdullah untuk membawa anak buahnya beraksi di Eropah sebagai

(gambar)

persiapan menghadapi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia hampir menjadi kenyataan.

Pengarah Teknikal Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) Terry Walsh berkata, Eropah sememangny­a akan menjadi destinasi terbaik untuk skuad wanita dan perancanga­n itu dijangka bermula pada hujung April depan.

“Sememangny­a kami merancang membawa pasukan ke Eropah pada hujung April. Maklumat lanjut mengenainy­a sedang diteliti ketika ini.

“Lagipun dua lagi Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia belum bermula.

“Sebelum itu, skuad negara akan terus menjalani latihan seperti biasa selepas diberi tempoh rehat seminggu,” katanya.

Terry merujuk kepada dua lagi Pusingan Kedua yang akan berlangsun­g di Valencia, Sepanyol pada 4 hingga 12 Februari depan serta di Vancouver, Kanada (1 hingga 9 April) yang akan menentukan pasukan manakah layak beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Skuad negara mencipta sejarah apabila layak kali pertama untuk beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia selepas muncul naib juara Pusingan Kedua yang berakhir Ahad lalu.

Berikutan kejayaan itu, Dhaarma bercadang membawa anak buahnya ke Eropah untuk cuba mendapatka­n sekurang-kurangnya 20 perlawanan kompetitif bersama pasukan menduduki ranking lebih tinggi.

Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang akan berlangsun­g di dua lokasi berbeza iaitu di Belgium pada Jun dan Afrika Selatan sebulan selepas itu, adalah pentas terakhir skuad negara mencari tiket ke Piala Dunia 2018 London.

„ Dhaarma mahu 20 aksi kompetitif bagi persediaan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia

 ??  ?? MALAYSIA Tigress lakar sejarah apabila layak ke separuh akhir.
MALAYSIA Tigress lakar sejarah apabila layak ke separuh akhir.
 ?? FOTO: ?? SYAMIM (kiri) jaring gol penyamaan pada lewat perlawanan.
FOTO: SYAMIM (kiri) jaring gol penyamaan pada lewat perlawanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia