Harian Metro

Tiada siapa mampu tandingi Rooney: Fergie

-

London: Bekas pengurus Manchester United Alex Ferguson percaya tidak akan ada mana-mana pemain yang mampu mengatasi rekod 250 gol untuk kelab seperti yang dilakukan Wayne Rooney.

Ferguson yang bertanggun­gjawab membawa masuk Rooney pada usia 18 tahun pada 2004, berkata kejayaan bekas anak didiknya itu melepasi rekod 249 gol yang dicipta Bobby Charlton adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa.

“Dalam permainan seperti hari ini, sukar untuk melihat ada pemain yang sanggup berada di kelab sama untuk tempoh lebih 10 tahun,” katanya.

“Jose (Mourinho) pernah menyebut nama Marcus Rashford dan pemain itu pasti ada peluang jika dia terus kekal di United. Dia harus berusaha mengembang­kan bakatnya seperti yang Wayne lakukan. Tetapi bukan mudah untuk dilaksanak­an.”

Ferguson turut memuji kaedah yang diamalkan Mourinho ketika menaikkan semula imej kelab selepas prestasi hambar di awal musim.

“Saya rasa beliau sudah melakukan yang terbaik,” kata Ferguson mengenai pengurus ketiga yang diambil kelab sejak beliau bersara pada 2013.

“Skuad utama kami bermain baik dan anda tidak boleh menafikan hakikat itu. Saya rasa Jose sudah menemui formulanya. Pada awal musim, beliau masih tercari-cari rentak dan anda dapat melihat air mukanya. Jika anda lihat beliau sekarang, anda pasti sedar bahawa Jose sudah lebih tenang.

“Anda pasti tahu bahawa beliau diterima semua pemain. Skuad bermain dengan baik dan ada kalanya mereka cuma tidak bernasib baik. Beliau melakar enam keputusan seri 1-1 dan pada semua perlawanan itu, anak buahnya yang menguasai perlawanan.

“Jika mereka tidak seri semua perlawanan itu, sudah tentu United yang muncul pencabar utama Chelsea. Itu yang saya katakan mereka tidak bernasib baik tetapi mereka tidak akan terjejas kerananya.” - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia