Harian Metro

Terus lakar kejutan

- Reuters

„ Congo, Maghribi mara suku akhir selaku wakil Kumpulan C

Republik Demokratik Congo dan Maghribi melangkah ke suku akhir Piala Negara Afrika selepas melakar kejutan di peringkat Kumpulan C.

Congo menamatkan saingan di kedudukan teratas apabila mengalahka­n Togo 3-1 di Port Gentil manakala Maghribi menyingkir­kan juara bertahan Ivory Coast 1-0 di Oyem.

Keputusan diterima Ivory Coast itu menambah kejutan selepas tuan rumah Gabon serta Algeria tersingkir awal sebelum ini dan Togo menamatkan saingan di kedudukan terbawah Kumpulan C.

Ivory Coast sekadar mengumpul dua mata dengan pemain veteran Salomon Kalou pantas mengumumka­n persaraann­ya di peringkat antarabang­sa manakala jurulatih Michel Dussuyer mengaku masa depannya kini semakin suram.

“Buat masa ini, saya sangat kecewa kerana kami gagal mencapai objektif di kejohanan ini. Hasrat kami ialah untuk melepasi peringkat kumpulan sekali gus mempertaha­nkan kejuaraan. Malam ini pasti sukar buat kami,” katanya.

Rachid Alioui menjaringk­an gol tunggal perlawanan dari jarak 35 meter untuk memastikan kemaraan Maghribi yang dikendalik­an jurulatih Herve Renard - pengendali yang membawa Ivory Coast selaku juara dua tahun lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu yang mewakili kelab Nimes di Perancis, sempat memerhatik­an ke arah gawang lawan sebelum membuat rembatan lencong yang menuju tepat ke penjuru kanan Ivory Coast.

Maghribi akan menentang juara Kumpulan D di suku akhir.

Junior Kabananga menjaringk­an gol ketiganya di kejohanan ini bagi membolehka­n Congo mendahului di babak pertama sebelum menambah dua lagi jaringan menerusi Ndombe Mubele dan Paul-Jose Mpoku sambil Kodjo Laba menghasilk­an gol sagu hati Togo.

Kabananga kini melakar nama sebagai penjaring dalam semua perlawanan Kumpulan C dan jaringanny­a ke atas Togo berlaku selepas menerima hantaran pemain Newcastle United Chancel Mbemba.

Kegagalan Togo untuk layak adalah yang kedua sepanjang lapan kejohanan sekali gus membuatkan jurulatih Claude Le Roy gagal buat pertama kali membawa pasukannya ke suku akhir.

Ia juga aksi antarabang­sa terakhir buat Emmanuel Adebayor selepas cubaannya untuk menghasilk­an gol di minit akhir perlawanan, dinafikan pertahanan Merveille Bope.

“Saya akan memikirkan sama ada saya akan terus bermain tetapi buat masa ini, saya merasakan diri seperti kapten kapal yang gagal,” kata Adebayor.

 ??  ?? KABANANGA (kanan) menjaringk­an gol pertama Congo ketika menyingkir­kan Togo.
KABANANGA (kanan) menjaringk­an gol pertama Congo ketika menyingkir­kan Togo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia