Harian Metro

Irfan lega import lulus

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Terengganu: Pengendali Terengganu Irfan Bakti Abu Salim lega selepas pertahanan import dari Brazil Lazaro Vinicius Alves Martins memperoleh Sijil Perpindaha­n Antarabang­sa (ITC) semalam.

Susulan perkembang­an itu, bekas pertahanan kelab Manama dalam Liga Bahrain dan kelab Atletico Alagoinhas (Liga Brazil) akan diturunkan pada aksi Liga Perdana bertemu PDRM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) Kuala Terengganu malam esok.

“Saya gembira dengan perkhabara­n ini dan berharap dia mampu membentuk gandingan mantap di benteng pertahanan untuk mengekang asakan pemain lawan.

“Selain itu kami juga berharap dia segera menyesuaik­an diri dengan rakan sepasukan ,” katanya.

Pada aksi pertama ketika bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak yang hanya berlangsun­g 11 minit sebelum ditunda kerana hujan lebat, bekas pemain kebangsaan Brazil Bawah 17 Tahun itu tidak dapat diturunkan kerana belum mendapat ITC.

Mengulas mengenai pertemuan dengan PDRM nanti, bekas pengendali FELDA United itu menuntut pemainnya berhati-hati dengan corak diperagaka­n lawan.

“Perlawanan itu juga penting untuk kami menilai sejauh mana kemampuan pemain beraksi selepas baru dibentuk biarpun sudah beraksi beberapa kali dalam aksi persahabat­an sebelum ini.

“Justeru kami harap mereka dapat mempamerka­n semangat juang tinggi,” katanya yang lega selepas semua pemainnya bebas kecederaan.

Lawan mereka, PDRM menang 3-1 ke atas MISC-MIFA pada aksi pertama minggu lalu.

 ??  ?? IRFAN mahu bentuk barisan mantap.
IRFAN mahu bentuk barisan mantap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia