Harian Metro

PDRM pilih jalan selamat CALON MESTI ADA MISI

- Aziman Rosdi, Firdaus Hashim, Mohd Amin Jalil dan Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerana masih belum mendapat ilham siapa calon terbaik, Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n tidak menghantar nama calon untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan kongres ke-53 pada 25 Mac ini.

Setiausaha Kehormat PDRM Zulkefly Yahya menyatakan tindakan itu diambil sebagai jalan selamat apabila tidak menyatakan mana-mana sokongan terhadap calon Presiden FAM.

“Kami tidak tahu nak calonkan siapa sebagai Presiden FAM, jadi langkah selamat adalah lebih baik tidak memberi sebarang pencalonan bagi jawatan itu. Tapi kami ada menghantar nama calon untuk bertanding bagi jawatan lain.

“Tapi bukan saya nak katakan calon dinamakan ahli gabungan lain tidak bagus, cuma kami tidak dapat memilih calon yang ada,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan PDRM dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengambil sikap berkecuali apabila tidak menyenarai­kan calon bagi jawatan Presiden FAM apabila tarikh penamaan calon berakhir Isnin lalu.

Tujuh lagi ahli gabungan difahamkan mencalonka­n bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat diikuti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (6), pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (4) dan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa (1).

Kesemua calon ini bagaimanap­un perlu mengesahka­n sama ada menerima pencalonan itu sebelum 13 Februari depan.

Menurut Zulkefly, meskipun tidak mencalonka­n nama bagi jawatan tertinggi FAM itu, mereka masih boleh mengundi pada hari pemilihan untuk memilih pengganti Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Seremban

„ Mohamad tegaskan harus pilih individu miliki sikap kepimpinan tinggi, bukan yang disukai

“Pilih mereka yang berupaya memimpin dan bukan berdasarka­n orang yang kita suka. Individu yang kita suka itu mungkin bukan pakar,” kata Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan

Beliau mengulas mengenai pencalonan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres ke-53 badan induk itu pada 25 Mac ini.

Justeru, Mohamad berkata, ahli gabungan perlu memilih individu yang benar-benar berwibawa serta berupaya memimpin dan bukannya yang disukai semata-mata.

“Sepatutnya kita pilih individu yang ada misi dan berupaya meningkatk­an atau memartabat­kan kembali bola sepak negara dan bukannya kerana kita suka seseorang itu.

“Secara peribadi, saya tidak cenderung memilih mana-mana individu yang dicalonkan itu kerana yang penting adalah masa depan bola sepak negara,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan Exco, semalam.

Selepas pencalonan jawatan itu ditutup Isnin lalu, jawatan Presiden FAM dijangka menjadi saingan empat penjuru susulan pencalonan keempat-empat individu terbabit.

Mereka membabitka­n Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahum yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) selain Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat dan bekas Timbalan Presiden FAM yang juga Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Mohamad berkata, FAM perlu membuat perubahan drastik kerana kedudukan bola sepak negara di mata dunia ketika ini begitu memalukan.

“Bukan saja

FAM tapi seluruh rakyat

Malaysia malu dengan ranking skuad kebangsaan di tempat ke-168 dunia, lebih teruk dari Bhutan.

“Malah, ada yang sering buat kenyataan mengenai pasukan kebangsaan menghadapi tugas sukar walaupun belum main (beraksi).

“Kita mahu Presiden FAM nanti boleh membawa keluar daripada aib ini dan PBNS akan beri mandat sepenuhnya kepada mereka yang layak memimpin,” katanya.

Beliau juga berharap suara ahli gabungan perlu sentiasa didengar kepimpinan FAM dan bukan hanya ketika ada pemilihan, bahkan dalam perkara penting membabitka­n bola sepak tempatan.

“FAM kena panggil kita berunding supaya boleh beri pandangan bukan hanya bila ada pemilihan. Kadang-kadang FA (persatuan bola sepak negeri dan kelab) dilayan macam pengemis. Bagi FAM, kami ini mungkin tidak penting,” katanya.

 ?? Peter Velappan ?? Kita harus kembalikan bola sepak kepada yang sepatutnya iaitu
rakyat
Peter Velappan Kita harus kembalikan bola sepak kepada yang sepatutnya iaitu rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia