Harian Metro

Ronaldinho sasar anugerah penjaring terbanyak ‘FELDA JUGA SALAH’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas dipinjamka­n semusim bersama Selangor musim lalu, penyerang tinggi lampai PKNS FC dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh bertekad mempamerka­n aksi lebih cemerlang dengan skuad kendalian E Elavarasan musim ini.

Menjaringk­an 20 gol dalam semua kejohanan termasuk saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC sepanjang musim lalu, Ronaldinho mahu menambah koleksi gol itu sekali gus meletakkan sasaran memenangi anugerah penjaring terbanyak.

“Saya gembira apabila dapat kembali menyertai PKNS dan ingin membantu pasukan

(gambar)

dengan menjaringk­an lebih banyak gol. Siapa tahu, saya boleh bergelar penjaring terbanyak nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan semalam.

Jelasnya, peningkata­n dari segi keserasian barisan pemain turut memberi semangat kepadanya untuk bermain dengan lebih cemerlang dan terus yakin menggalas tugas sebagai peledak utama bersama-sama bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safee Sali.

“Pasukan semakin lama semakin bagus. Semua pemain menunjukka­n permainan terbaik, sekali gus membangkit­kan semangat saya untuk menjaringk­an lebih banyak gol musim ini.

“Bagaimanap­un, banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan kami mampu melangkah lebih jauh serta muncul pencabar Liga Super,” katanya.

Selain Ronaldinho, skuad Semut Merah turut diperkuatk­an dengan tiga tonggak import - pertahanan, Gonzalo Soto dan Lucas Espindola yang beraksi di bahagian tengah dengan kedua-duanya berasal dari Argentina selain Matias Hadwa dari Palestin. “Pengurusan pasukan ada menyasarka­n satu piala musim ini. Saya yakin kami boleh mencapai sasaran itu berdasarka­n kualiti pemain ketika ini.

“Apapun, untuk aksi kedua berdepan Kelantan, Jumaat ini (esok) kami perlu dapatkan tiga mata selepas seri 1-1 ketika menentang FELDA United,” katanya.

“Isu ini tidak akan berlaku jika mereka dari awal lagi berurusan terus dengan kami,” kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar yang mendakwa FELDA United menggunaka­n ‘pintu belakang’ untuk mendapatka­n tandatanga­n tonggak pertahanan Mohd Rizal Ghazali.

Mengakui sudah menerima afidavit dikemukaka­n pengurusan FELDA berhubung isu itu, pihaknya akan membalas kepada Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selewat-lewatnya esok.

Bagaimanap­un, Aminuddin meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan kurang profesiona­l The Fighters yang disifatkan­nya punca berlakunya kontrovers­i itu.

“Saya agak terkilan dengan cara mereka (FELDA) cuba mendapatka­n khidmat Rizal. Sepatutnya mereka berjumpa kami (KFA) dan bukannya berbincang dengan pemain.

“Adakah mereka lupa Rizal ketika itu masih pemain kami. Jika perbincang­an itu berlaku mengikut saluran betul, saya yakin isu ini tidak akan berlaku dan dapat dielakkan.

“KFA juga mempunyai perancanga­n tersendiri dan kami tidak pernah berhasrat mahu melepaskan Rizal. Apapun, saya akan serahkan afidavit itu bersama kronologi dan bukti lain bagi mempertaha­nkan Rizal,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kelmarin, akhbar ini mendedahka­n Jawatankua­sa Status FAM sudah menerima afidavit daripada FELDA dan badan induk bola sepak tempatan itu memberi tempoh sehingga esok untuk KFA menjawab tuntutan itu sebelum memutuskan tarikh mesyuarat sebenar.

Wira perlawanan akhir Piala Malaysia itu sebelum ini mencetuska­n kontrovers­i apabila membuat persetujua­n secara hitam putih untuk menyertai skuad kendalian Azmi Mohamed beberapa hari sebelum aksi final, biarpun kontraknya masih berbaki sebulan bersama Kedah.

Namun Rizal, 25, membuat ‘pusingan U’ dengan melanjutka­n kontrak setahun bersama Kedah sekali gus menyaksika­nnya kini dalam situasi ‘bahaya’ dan kemungkina­n digantung kerana

„ Kedah terkilan The Fighters guna pintu belakang pikat Rizal

melanggar peraturan perpindaha­n pemain.

“Sedikit sebanyak isu ini mengganggu fokus kami. Begitupun, saya percaya kes ini bakal memihak kami kerana namanya sudah didaftarka­n di FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia).

“Malah, dia juga sudah bermain tempoh hari dalam aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor DT (Johor Darul Ta’zim). Saya yakin Rizal tidak akan ke mana-mana dan kami sedia mempertaha­nkannya,” katanya.

 ??  ?? RIZAL (kanan) cetus kontrovers­i sebelum liga bermula.
RIZAL (kanan) cetus kontrovers­i sebelum liga bermula.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia