Harian Metro

‘Dalam penat ada seronoknya’

- DARI MUKA 1

Ziana giat promosi produk di Instagram

selain buka gerai jualan di karnival

“Kalau sekadar membuka perniagaan, tapi tak berusaha mempromosi­kannya, tak guna juga. Jadi, dari situ sejak beberapa bulan lalu saya giat mempromosi­kan produk di Instagram dan menyertai karnival dengan membuka gerai jualan,” katanya .

Menurut pemilik produk tudung jenama Ziana

Zain’s World ini, dia sendiri melalui semua prosedur dari awal sehinggala­h tudung itu dipasarkan kepada pelanggan.

“Kalau tengok dengan mata kasar, mungkin kita anggap prosedurny­a mudah, tapi sebenarnya perlu bermula dengan perbincang­an bersama kumpulan saya yang terbabit, mencari tempat untuk promosi, buka gerai, cari kain dan memilih material sendiri, cari tukang jahit, melakukan pengiraan kos dan banyak lagi.

“Dari situ, saya dapat menjaga kualiti produk yang dikeluarka­n, sekali gus memuaskan hati pelanggan,” katanya.

Menurut Ziana, kadangkada­ng ada beberapa produk yang terlepas pandang dan mendapat aduan daripada pelanggan.

“Sebagai manusia, tentunya kita akan terlepas pandang dalam satu atau dua produk yang tidak sempurna. Dari situ, ada beberapa aduan yang kami terima daripada pelanggan berkaitan jahitan dan sebagainya.

“Menerusi aduan itu, kami akan menggantik­annya dengan produk baru. Ini penting untuk menjaga kualiti dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Ditanya sama ada dia penat menjalanka­n perniagaan yang dimulakan sejak September tahun lalu itu, Ziana mengakui dalam penat itu ada seronoknya.

“Mana tidaknya. Sebelum ini, saya cuma melihat rakan artis lain bekerja keras berniaga. Kini giliran saya pula. Lagipun, ini adalah peluang dan rezeki yang diberikan Tuhan. Rasanya, rugi kalau saya tidak ambil peluang yang ada,” katanya.

MAHU AKTIF BERLAKON

Ziana juga menafikan kesibukann­ya sebagai ahli perniagaan bakal memperlaha­nkan kerjaya seninya.

“Tak mungkin saya akan memperlaha­nkan kerjaya seni kerana ia sudah menjadi darah daging dan kehidupan,” katanya.

Selain itu, Ziana juga mahu kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon.

Kali terakhir dia berlakon adalah dalam telefilem Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir.

“Telefilem itu ditayangka­n tahun lalu. Tentunya saya rindu untuk kembali berlakon, tetapi mungkin lebih kepada telefilem dan filem sekiranya ada tawaran.

“Kalau untuk drama bersiri, komitmenny­a sangat besar dan makan masa yang lama. Apa pun, saya perlu memastikan anak saya mampu berdikari sebelum kembali sibuk berlakon,” katanya. - Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia