Harian Metro

Aiman, Scha serasi di skrin

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kejayaan beberapa drama terbitan syarikat Darkwave Pictures Sdn

Bhd seperti M.AI.D dan Assalamual­ikum Cinta mendorong penerbitny­a Datuk Rafiena Ezanee terus menghasilk­an karya adaptasi daripada novel popular.

Terbaru novel Urusan Hati Cik Drama Queen hasil nukilan Areila Sahimi diangkat ke kaca TV menggunaka­n judul sama.

Drama 20 episod arahan Hadith Omar dan Michael Ang itu bakal ditayangak­an di saluran Astro Ria mulai 6 Februari ini.

Menurut Hadith, drama ini lebih ringan daripada naskhah yang pernah diarahkan sebelum ini seperti Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr Pilot yang kandungan dan jalan cerita lebih berat dan penuh dengan sub plot.

“Mengarahka­n drama Urusan Hati Cik Drama Queen pada saya pengalaman­nya cukup berbeza kerana pelakon terbabit sudah diakui kualiti lakonan mereka. Nama seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlyn Wati, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan

Sheila Mambo sudah tidak asing lagi dalam bidang lakonan.

“Sedikit sebanyak ia memudahkan lagi kerja saya sebagai pengarah. Pada masa sama saya banyak belajar daripada mereka terutama dari segi teknik lakonan dan persembaha­n lakon layar.

“Mereka banyak berkongsi idea bersama saya dan tidak lokek ilmu walaupun saya adalah pengarah muda yang masih mengatur langkah. Mereka memberikan kerjasama yang cukup baik dan sentiasa menghormat­i permintaan saya. Alhamdulil­lah itu salah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan,” katanya.

Drama ini turut menampilka­n lakonan penyanyi popular Datuk Khadijah Ibrahim.

Hadith berkata, biarpun drama ini sebuah naskhah ringan, ia sarat dengan elemen kekeluarga­an yang pasti menarik perhatian penonton.

Paling penting, jalan cerita yang dipaparkan tidak terjurus kepada kisah cinta sahaja, tetapi ia juga mengupas krisis keluarga, hubungan rakan baik dan juga hidup berjiran.

Mengenai pemilihan pelakon dalam drama ini, Hadith mengakui setiap daripada mereka berjaya melakonkan watak masing-masing dengan cemerlang.

Biarpun turut dibarisi beberapa pelakon baru, Hadith menganggap ia sebagai satu cabaran dalam menyeimban­gkan lakonan mereka dengan pelakon senior lain.

“Selain nama besar, drama ini juga

Urusan Hati Cik Drama

Queen naskhah

ringan, namun sarat

elemen kekeluarga­an

 ??  ?? BARISAN pelakon dan kru produksi.
BARISAN pelakon dan kru produksi.
 ??  ?? KHADIJAH bersama Aiman (kanan) k penggambar­an drama ini di Bukit Jelutong, Shah Alam.
KHADIJAH bersama Aiman (kanan) k penggambar­an drama ini di Bukit Jelutong, Shah Alam.
 ??  ?? AHMAD Tarmimi, Khadijah , Scha, Ziha AF dan Aiman dalam salah satu babak drama ini.
AHMAD Tarmimi, Khadijah , Scha, Ziha AF dan Aiman dalam salah satu babak drama ini.
 ??  ?? SCHA ketika disolek sebelum penggambar­an.
SCHA ketika disolek sebelum penggambar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia