Harian Metro

Cuba haluan berbeza

- Ridzuan AbdulRah m an mohamadrid­z uan@hmetro. com.my

Ako tak berhenti berlakon walaupun pilih untuk ceburi

bidang perniagaan

Berilah apa saja watak antagonis atau protagonis, semuanya mampu dibawa dengan baik oleh Ako Mustapha.

Bagaimanap­un, kelibat pelakon bernama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha ini agak jarang kelihatan di kaca TV sekarang.

Ako ketika ditemui berkata, dia bukanlah mahu mengucapka­n selamat tinggal terhadap dunia seni, sebaliknya mahu mencuba haluan berbeza daripada yang sering dilakukann­ya.

“Saya nak meneroka bidang lain dan cari rezeki lebih dalam hidup. Saya tak mahu berharap pada satu pendapatan saja.

“Sejak 10 tahun lalu, saya pilih untuk membabitka­n diri dengan bidang perniagaan. Ketika berada sepenuhnya dalam dunia seni dahulu, saya hidup bujang dan kehidupan pun ringkas.

“Selepas berkahwin, saya buat keputusan untuk terbabit dengan bidang perniagaan pula,” katanya.

Ako berkata, dia kini memegang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran Global Tijari Holdings Berhad (GTHB) yang diterajui Mohd Shefflee yang juga anak pemain gitar popular Man Kidal.

“Saya tak pernah berhenti berlakon. Sekurang-kurangnya saya akan ambil dua tawaran berlakon dalam setahun.

“Saya tak boleh berikan komitmen penuh dalam lakonan kerana terikat dengan bidang perniagaan. Tawaran yang diambil pun hanya untuk telefilem dan bukan drama rantaian.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana tawaran tetap ada, cuma kena pilih mana yang sesuai untuk dibintangi,” katanya yang kini terbabit dengan drama Cik Serba Tahu.

Bercerita mengenai pengalaman ketika mula-mula terbabit dalam perniagaan, Ako berkata, dia memang bertungkus­lumus sehingga terpaksa menolak banyak tawaran berlakon.

“Saya mencuba pelbagai bidang perniagaan dan pernah buat kajian untuk menternak lintah, import tepung gandum, gula dan arang batu.

“Saya ambil inspirasi daripada jutawan Robert Kuok kerana dia bermula dengan perniagaan yang besar. Bersama isteri, saya buka gerai berniaga di karnival dan macammacam lagi.

“Kami cuba pelbagai cara dan tengok mana yang diterima. Tak dinafikan banyak yang saya belajar terutama cara berkomunik­asi,” katanya.

Menurutnya, ketika bergelar artis mungkin caranya agak ‘sombong’ tetapi sekarang perlu berbudi bahasa.

“Saya kini lebih realistik dan terima hakikat ramai usahawan yang gagal. Saya pernah berdepan situasi ini dan cuba fikir positif.

“Cuma, ketika bujang tak makan pun tak kisah

Ako mengakui kariernya sebagai ahli perniagaan kini stabil.

Selain itu dia turut mempunyai syarikat produksi Malaya United Film & Entertainm­ent

Sdn Bhd dan bercadang menerbitka­n filem berjudul Menentang Adat.

“Sekarang dalam proses praproduks­i dan saya cuba buat penggambar­an pada Jun depan. Saya nak buat filem bermesej dan buat penonton ada impian apabila menontonny­a.

“Saya tak nak cerita berkonsep tragedi seperti yang saya pernah berlakon contohnya seperti bercinta dengan seorang gadis dan kemudian saya mati.

“Saya nak orang bangga dengan filem Malaysia. Kalau boleh saya nak arahkan sendiri filem ini tapi kalau ada pengarah lain yang lebih baik, tugas ini akan diserahkan kepadanya,” katanya.

Mengenai barisan pelakon, Ako masih belum menentukan­nya kerana watak hero akan menampilka­n pelakon berumur.

“Ia bukanlah seperti filem biasa yang pernah ada. Saya harap ibu bapa akan bawa anak untuk menonton filem ini nanti,” katanya.

Ako yang berkahwin dengan Kartina Abdullah kini dikurniaka­n tiga anak iaitu Merissa Tempawan, 7, Myra Fatimah, 4, dan Mikael Iskandar, 10 bulan.

 ??  ?? Saya bersyukur kerana tawaran tetap ada, cuma kena pilih mana yang sesuai untuk dibintangi
Saya bersyukur kerana tawaran tetap ada, cuma kena pilih mana yang sesuai untuk dibintangi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia