Harian Metro

Syaffiq rasa dihargai

- Najiy Jefri najiy.je fri@h me tro.com.my

Drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia ditayangka­n di slot Dahlia TV3 pada Januari 2015 tidak dinafikan antara yang paling mendapat perhatian penonton.

Rata-rata pelakon yang terbabit dalam drama itu berjaya menempa nama dan menambat hati masyarakat Malaysia dengan lakonan dipamerkan.

Jika disebut nama, pasti ramai yang mengenali jejaka berkulit sawo matang, Syaffiq Sahli yang memegang watak Ahmad Zarul.

Walaupun drama yang diangkat daripada novel yang turut membariska­n pelakon Shukri Yahaya dan Dayana Roza itu sudah lama tamat, impaknya tetap dirasai anak kelahiran Kota Tinggi, Johor itu.

Hari demi hari, kelibat Syaffiq kelihatan bersinar menerangi industri seni tanah air melalui bidang lakonan.

Sepanjang bergeluman­g dalam bidang lakonan selama hampir empat tahun, akhirnya bakat jejaka berusia 31 tahun ini mula dipandang dan diiktiraf.

“Saya bersyukur sejak membintang­i drama Asam Pedas Untuk Dia dua tahun lalu, bakat mula dipandang dan atas kepercayaa­n itu saya cuba menggalasn­ya dengan sehabis baik.

“Malah respons positif yang diberikan peminat di Instagram dan pujian daripada beberapa insan seni mengenai tahap lakonan membuatkan saya makin teruja dan yakin untuk terus melebarkan sayap dalam bidang ini,” katanya yang kini membintang­i drama Kerana Anisa yang bersiaran di TV3.

Ditanya mengenai bakat lakonannya yang semakin menyinar dan menjadi sebutan penerbit popular, Syaffiq mengakui dihargai dan puas selepas merentasi perjalanan yang sukar untuk membina nama.

“Jujurnya saya kini lebih puas apabila ada pihak melihat cara kerja saya sebagai pelakon. Saya bukan minta dipuji, tetapi lihat dari sudut apa yang perlu diperbaiki pada masa mendatang.

“Tiada istilah menyesal apabila memilih jalan ini biarpun untuk sampai ke tahap ini bukan tempoh mudah.

“Jika dulu sewaktu nama tidak dikenali saya sering diasingkan, tetapi kini apabila nama semakin orang kenal saya perlu bersaing pula dengan nama pelakon yang popular untuk mendapat tempat dalam industri seni,” katanya yang berdoa agar rezeki dalam bidang ini terus lancar dan diberikan watak lebih mencabar.

Menurut Syaffiq, dia tidak mengambil pusing andai tidak ditakdirka­n mendapat watak hero kerana dia mengakui watak pembantu dijayakan lebih menjamin masa depannya.

“Saya lebih selesa membawakan watak pembantu kerana tawaran yang diterima berterusan berbanding watak hero. Saya bimbang jika mendapat peranan utama saya akan berada dalam industri seni dalam tempoh sementara.

“Jadi biarlah saya membawa watak pembantu asalkan rezeki dalam bidang ini berpanjang­an.

Ini kerana bidang lakonan adalah punca rezeki saya selama empat tahun mencanai bakat sebagi pelakon,” katanya.

KERAP HADIR UJI BAKAT

Diajak bercerita mengenai awal pembabitan­nya dalam industri, Syaffiq memberitah­u segala-galanya bermula dengan drama Titisan pada 2012 apabila percubaan puluhan kali ke sesi uji bakat membuahkan hasil.

Dia diambil sebaga pelakon pembantu tanpa mempunyai asas dan pengalaman dalam bidang yang baru diceburiny­a itu.

“Terus terang, saya terjun dalam bidang ini tanpa bantuan sesiapa. Semuanya atas usaha sendiri selain dorongan keluarga. Sebelum nama dikenali hampir 100 uji bakat saya pergi. Ketika itu, tidak kiralah watak kecil atau besar,” katanya.

Sebelum bergelar anak seni, Syaffiq pernah menjual ikan, bekerja di kantin sekolah dan berniaga di pasar karat di Johor Bahru.

“Saya pernah hidup susah dan dari situ belajar berdikari. Oleh itu, saya amat menghargai setiap peluang dan rezeki yang Allah SWT beri hari ini.

“Dulu saya bergerak sendiri, sekarang saya bernaung di bawah pengurusan Global Solution Resources (GSR) milik

Amie Zhu dan saya percaya GSR mampu membantu memajukan kerjaya saya menerusi perancanga­n dan stratergi yang diatur,” katanya.

 ?? LOKASI:
PAKAIAN: ??
LOKASI: PAKAIAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia