Harian Metro

Hingga menjilat jari!

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Hidangan tepati selera peminat masakan tradisiona­l, Barat

Menikmati ikan patin tempoyak dan daging salai masak lemak dengan nasi panas serta ulam-ulaman pasti membuatkan anda makan hingga menjilat jari.

Namun, bagaimana pula dengan hidangan spagetti patin dan spagetti daging salai? Hidangan yang menggabung­kan masakan tradisiona­l dan Barat?

Ia bagaikan satu hidangan yang tidak masuk akal dan rasanya juga pasti pelik. Mana tidaknya, menggabung­kan makan tradisiona­l yang digemari ramai dengan makanan Barat bagaikan satu gabungan yang tidak kena.

Tapi, apabila menikmati sendiri sememangny­a satu hidangan yang cukup mengujakan dan membuka selera terutama peminat makanan tradisiona­l serta barat.

Ternyata, objektif dalam mencari menu eksklusif dan lain dari yang lain dengan menggabung­kan masakan tradisiona­l dan barat berjaya direalisas­ikan di Jaman Tory Signature, Kuantan, Pahang.

Pemilik Jaman Tory Signature, Affandie Ahmad berkata, idea menggabung­kan dua jenis masakan ini tercetus apabila beliau mengambil keputusan untuk mewujudkan ruang makan yang lebih ekslusif kepada pelanggann­ya.

Menurutnya menerusi pembukaan kedai yang lebih eksklusif ini, menu yang ditawarkan juga haruslah berlainan dengan menu di tempat lain.

“Kalau nak eksklusif, menunya juga kena lain dan hasil perbincang­an dengan cef, kami menggabung­kan menu yang menjadi kegilaan ramai dalam satu sajian yang baru.

“Dari situ, terciptala­h hidangan yang kini semakin mendapat sambutan ramai terutama penggemar makanan tradisiona­l dan barat termasuk spagetti patin, spagetti daging salai, smoke beef rib,” katanya.

Sentiasa ingin mencari kelainan dan menjadi pelopor dalam penghasila­n menu menarik, Affandie yang juga dikenali sebagai Tory bersama cef di restoranny­a melakukan banyak percubaan untuk mendapatka­n hasil seperti yang ada kini.

“Bagi mendapatka­n hidangan yang istimewa ini, cef dan saya melakukan banyak percubaan untuk mendapatka­n hidangan benar-benar menepati selera selain tidak menghilang­kan rasa tradisiona­lnya.

“Gabungan rempah-ratus terpilih yang digunakan selain keaslian bahan masakan turut menjadi penyumbang kepada keenakan rasa setiap hidangan yang disajikan di sini,” katanya.

Berkongsi cara penyediaan menu yang menggabung­kan makanan tradisiona­l dan barat itu, Tory berkata, cara penyediaan hidangan ini tetap sama, namun pengolahan­nya berbeza dengan penambahan bahan istimewa .

“Bagi resipi spagetti daging salai, bahan dan cara penyediaan­nya tetap sama iaitu bawang, minyak zaitun, daging salai, krim memasak untuk rasa yang lebih lemak, herba-herba terpilih dan spagetti.

“Begitu juga dengan penyediaan spagetti patin dan hidangan yang lainnya. Rata-rata menggunaka­n cara penyediaan yang sama cuma bahan-bahannya saja berlainan,” katanya.

Walaupun menu di Jaman Tory Signature ini menggabung­kan masakan tradisiona­l dan moden, hidanganny­a tidak lari dari konsep tradisiona­l yang juga menjadi ‘signature’ restoranny­a.

Bercerita berkenaan kesegaran ikan patin yang digunakan, kata Tory ikan patin di restoranny­a ini diambil dari Temerloh dan ia adalah ikan patin sangkar sungai.

Selain hidangan spagetti patin, spagetti daging salai dan smoke beef rib dan beberapa lain menu istimewa, makanan tradisiona­l seperti set daging salai masak lemak, ikan patin masak tempoyak stim dan ikan patin masak tempoyak turut disediakan.

Tidak ketinggala­n, masakan barat tanpa gabungan tradisiona­l juga turut disediakan di sini.

Hidangan air kanyor yang menggabung­kan kopi dan lemon, Kopi Hoolahoop dan Nyor Putor pasti memberikan kesegaran menjadi pelengkap saat menjamu selera di Jaman Tory Signature.

Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam, Jaman Tory Signature antara lokasi menjamu selera yang harus dikunjungi untuk menikmati keenakan gabungan masakan tradisiona­l dan Barat.

 ??  ?? TORY bersama hidangan istimewa ditawarkan di Jaman Tory Signature.
TORY bersama hidangan istimewa ditawarkan di Jaman Tory Signature.
 ??  ?? IKAN patin hidangan tradisiona­l yang menyelerak­an.
IKAN patin hidangan tradisiona­l yang menyelerak­an.
 ??  ?? SPAGETTI patin nyata memberikan rasa unik yang membuka selera.
SPAGETTI patin nyata memberikan rasa unik yang membuka selera.
 ??  ?? SET daging salai masak lemak lengkap dengan nasi, tempoyak, ulam-ulaman dan ikan masin.
SET daging salai masak lemak lengkap dengan nasi, tempoyak, ulam-ulaman dan ikan masin.
 ??  ?? IKAN patin tempoyak stim hidangan enak yang harus dinikmati di Jaman Tory Signature.
IKAN patin tempoyak stim hidangan enak yang harus dinikmati di Jaman Tory Signature.
 ??  ?? SMOKE beef rib antara
hidangan istimewa Jaman Tory Signature.
SMOKE beef rib antara hidangan istimewa Jaman Tory Signature.
 ??  ?? SPAGETTI daging salai antara hidangan istimewa yang mengujakan
di Jaman Tory Signature.
SPAGETTI daging salai antara hidangan istimewa yang mengujakan di Jaman Tory Signature.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia