Harian Metro

Warisan Kampung Cina

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Kedudukann­ya sepanjang Jalan Bandar dan berhampira­n Pasar

Besar Kedai Payang membuatkan Kampung Cina atau Chinatown bagaikan membawa anda ke perkampung­an Cina pada zaman dahulu.

Dibarisi bangunan antik yang wujud sebelum Perang Dunia ke-II, kampung ini memberikan suasana dan pengalaman berbeza saat mengunjung­inya.

Kampung Cina ini dulunya menjadi penempatan kaum Cina sejak lebih 300 tahun lalu, kini antara lokasi yang cukup mengujakan untuk anda melihat sendiri kehidupan harian pendudukny­a.

Selain itu, ia sarat dengan keunikan seni bina dan struktur bangunan lama yang masih elok selain barangan antik masih terpelihar­a.

Bagi anda yang meminati fotografi, kampung Cina ini adalah ‘syurga’yang sangat menarik untuk dirakam dan jangan terlepas mengambil gambar lain termasuk telefon dan sendal kunci antik dan pintu.

Lukisan mural di dinding bangunan juga tidak kurang menariknya untuk menjadi latar belakang gambar anda.

Masih mengekalka­n tradisi warisan Cina, anda ada pilihan saat melalui Kampung Cina ini sama ada menaiki kereta, beca atau pun berjalan untuk lebih menghayati suasana kehidupann­ya.

Selain itu ia menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kedai cenderahat­i, kedai kopi, kedai pakaian dan restoran.

Bagi anda yang ingin mengunjung­i lokasi penuh bersejarah dan mengujakan ini, waktu paling sesuai adalah pagi apabila penduduk Cina dan penduduk setempat baru memulakan aktiviti harian selain suasana itu sangat sesuai untuk sesi fotografi.

Petang pula, selepas bersiar-siar di kampung ini, anda boleh terus ke Pulau Warisan bagi menikmati keindahan pemandanga­n pulau buatan manusia di situ.

 ?? FOTO ?? PEMANDANGA­N menarik di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
FOTO PEMANDANGA­N menarik di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia