Harian Metro

Laluan berpagar elak ‘diserang’

-

Antara yang diketengah­kan adalah spinasouru­s, T-Rex, Pterodacty­l, Brachiosau­rus, Iguanodon, Spinosauru­s, Coelopysis, Compsognat­hus, Stegosauru­s, Velocirapt­or, Tyrannosau­rus dan Protocerat­ops bergerak menggunaka­n teknologi animatroni­cs.

Menariknya di Pusat Penyelidik­an Jurassic itu, terrdapat beberapa bahagian iaitu ruang pameran replika penemuan rangka dinosaur dan informasi mengenainy­a.

Bagi peminat aktiviti cari gali, berada di ruang tengah yang mempunyai empat set tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur dilengkapi peralatan cari gali tentunya antara pengalaman paling menarik.

Terdapat sebuah makmal menempatka­n dinosaur jenis Stegosauru­s, ‘sedang diuji kaji’ seorang ‘penyelidik’ dan ruang itu mampu memberikan pengalaman realistik seolah-olah berada di dalam makmal kajian.

Ruang terakhir iaitu sebuah laman menempatka­n puluhan replika dinosaur realistik bersaiz sebenar yang pernah menghuni bumi lebih 243 juta tahun lalu dengan laluan berpagar supaya pengunjung tidak ‘diserang’ dinosaur berkenaan.

Pengarah Operasi Only World Group (OWG) Kenny Yap berkata, ia satu daripada 15 tarikan taman tema tertutup yang terdapat di The Top dan sesuai bagi semua lapisan usia.

Terletak di aras lima The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Yap berkata ia boleh memberi pengalaman berharga kepada pengunjung melihat kira-kira 200 dinosaur khususnya peminat kaji hayat haiwan itu.

“Ruang pameran informasi memaparkan replika janin dinosaur mengikut ciri dan saiz sebenar, malah pengunjung boleh melihat saat telur menetas selain empat ruang ekskavasi tulang serta tinggalan haiwan itu.

“Jika selama ini kita hanya melihat dinosaur di televisyen dan bahan bacaan, sekarang ia sudah boleh diamati dengan pandangan sebenar serta pada jarak dekat,” katanya.

Pusat

Saksikan telur menetas selain 4 ruang

ekskavasi tulang serta tinggalan haiwan itu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia