Harian Metro

Lambaian Pulau Manukan

- Recqueal Raimi rencana@hmetro.com.my

Tidak dinafikan, keistimewa­an dan keunikan Pulau Manukan, Sabah menjanjika­n ketenangan buat pengunjung untuk menikmati keindahan alam semula jadinya.

Dihiasi pokok menghijau dan kejernihan air laut serta dikeliling­i pelbagai hidupan marin nyata memukau pengunjung untuk terus mengunjung­i pulau peranginan itu.

Difahamkan, Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, iaitu taman laut negara pertama di negara ini diikuti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Masa perjalanan dengan bot laju dari Kota Kinabalu (KK) menuju ke jeti Pulau Manukan adalah kira-kira 15 minit bermula dari terminal

Feri KK (Jesselton Terminal Ferry Point).

Mengunjung­i lokasinya sehari bersama peserta Asean Celebrity Explore Quest Malaysia (ACEQM) baru-baru ini, memberi kesempatan kepada penulis untuk berkongsi pengalaman baru apabila turut menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang program.

Pasirnya putih dan bersih sesuai untuk perkelahan serta santai

Pasir pantai putih bersih sesuai untuk perkelahan serta bersantai seisi keluarga

seisi keluarga terutama di kawasan hadapan resort berhampira­n jeti sambil menjamu selera makanan tradisiona­l selain makanan laut segar di bawah pepohon rimbun dengan tiupan bayu lembut.

Di sepanjang laluan jeti pula antara kawasan strategik untuk menyaksika­n pelbagai hidupan marin selain anda boleh mendapatka­n aneka barangan dan cenderahat­i di kedai serbaneka.

Malah pengunjung boleh menatap terumbu karang dan ikan melalui aktiviti snorkling atau kayak kerana kawasan air ceteknya luas serta tenang menyebabka­n banyak ikan jinak berenang di sini.

Daripada lima pulau yang membentuk

Tunku Abdul Rahman Taman Negara, pulau ini mempunyai kemudahan pelanconga­n yang paling maju merangkumi 20 unit chalet, rumah, beberapa restoran dan pusat menyelam.

Kemudahan rekreasi disediakan termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw sementara kemudahan infrastruk­tur termasuk air, elektrik, loji penyahgara­man, sistem pembetunga­n dan telefon awam solar.

Menurut sejarah sebelum zaman ais, pulau itu menjadi sebahagian daripada jisim Crocker Range daripada batu pasir dan batu sedimen di tanah besar.

Bagaimanap­un, kirakira 1 juta tahun yang lalu, ais lebur membawa perubahan dalam paras laut dan bahagian-bahagian tanah besar terputus hinggalah membentuk Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Bukti ini dapat dilihat dari batu pasir yang terdedah pantai membentuk tebing, gua, honeycombs dan rekahan dalam.

Peserta ACEQM, juga pelakon, penyanyi dan model dari Myanmar, Nan Su Yati Soe menyifatka­n Pulau Manukan antara pulau peranginan yang paling tenang dan menarik pernah dikunjungi­nya.

“Berada di Sabah selama empat hari, saya berpeluang ke Pulau Manukan. Ia pulau yang sangat tenang, pantai bersih dan airnya jernih.

“Saya juga berpeluang menikmati makanan laut segar dan tradisiona­l suku kaum di sini.

“Ia sungguh enak menyebabka­n saya ingin berkunjung kali kedua bersama keluarga satu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? 1. PESERTA merakamkan gambar kenangan berlatarbe­lakangkan pemandanga­n laut yang membiru.
2. PELBAGAI aktiviti menarik dan menyeronok­kan menanti di Pulau Manukan.
3. PERJALANAN menaiki bot laju dari Jesselton Terminal Ferry Point cukup mengujakan.
4. PESERTA teruja saat sampai di Pulau Manukan.
1. PESERTA merakamkan gambar kenangan berlatarbe­lakangkan pemandanga­n laut yang membiru. 2. PELBAGAI aktiviti menarik dan menyeronok­kan menanti di Pulau Manukan. 3. PERJALANAN menaiki bot laju dari Jesselton Terminal Ferry Point cukup mengujakan. 4. PESERTA teruja saat sampai di Pulau Manukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia