Harian Metro

Resident Evil 7 Seronok dan Seram!

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my

Permainan video sentiasa berevolusi setiap tahun. Resident Evil (RE) antara francais yang kerap kali menempuh fasa itu.

Selepas kegagalan RE 6 menyinar dalam kalangan peminat yang dahagakan elemen seram, nampaknya Capcom terpaksa menggunaka­n formula berbeza untuk judul ketujuh bagi menyelamat­kan francais yang hampir ‘lenyap’ ini.

Berita baiknya, selepas sembilan jam menyelami ketakutan sebagai protagonis Ethan Winters, penulis akui judul ketujuh memberikan nafas baru dan hala tuju yang betul bagi syarikat gergasi ini.

Resident Evil 7: Biohazard yang baru dikeluarka­n Selasa lalu di Playstatio­n 4, Xbox dan PC bukan saja seram, malah formula digunakan cukup sempurna untuk menakutkan penulis dari sudut perspektif pemain tunggal.

Capcom lebih bijak dengan menyamakan judul ketujuh dengan yang asal. Penulis dikehendak­i mencari isteri

Ethan yang dikatakan hilang di Louisiana. Persamaan di sini ialah siasatan dilakukan dalam satu lokasi tertutup namun dalam permainan ini, penulis meneroka rumah usang yang agak besar.

Mendapat e-mel daripada Mia Winters, penulis terus membuat pencarian itu namun tidak menyedari kawasan terpencil itu tempat tinggal keluarga ‘mutan’ iaitu The Bakers.

Dua puluh minit pertama sudah cukup mencabar keberanian penulis apabila

Mia dijumpai dan kemudian seolah-olah dirasuk oleh entiti asing. Unsur keganasan di sini jelas terlihat apabila tangan Ethan dipotong gergaji jadi tidak hairanlah ia mendapat pengiktira­fan had umur 18 dan ke atas.

Plot seterusnya membawa penulis menemui keluarga The Bakers di ruang makan dan perlu mencari jalan keluar yang hanya

Selepas RE 6, Capcom kembali dengan formula terbaru hampir sempurna

dibantu oleh Zoe Baker melalui komunikasi ringkas di gagang telefon.

Tidak seperti Outlast yang membuatkan protagonis­nya lemah tak berdaya, RE kekal dengan formula asal namun tiada ‘perang’ senjata dilaporkan. Penulis boleh

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia