Harian Metro

Dimensi baru rangkaian penjagaan wajah

-

Wajah dengan ton sedikit merah jambu masih dianggap sebagai satu kelebihan bagi pemilik kulit putih. Ramai w anita yang mengimpika­n untuk memiliki w ajah yang kemerah-merahan, bersih dan mulus kerana penampilan sebegitu tampak lebih menarik.

Memahami permintaan w anita muda masa kini yang mahu memiliki w ajah putih, bersih dan bebas daripada pelbagai masalah pori, ditampilka­n rangkaian Pore Perfection Pink by Pure Beauty.

Pengurus Besar Negara dan Ketua Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, jenama berkenaan sentiasa berada di depan dengan rangkaian produk berinovasi untuk diperkenal­kan kepada pelanggann­ya.

“Kami berbangga memperkena­lkan rangkaian penjagaan w ajah ini kepada pelanggan kami di negara ini bagi memenuhi kehendak mereka,” katanya.

Ujarnya, dimensi baru rangkaian penjagaan w ajah yang berinovasi dari Korea itu menggunaka­n formula kombinasi unik tanah liat yang kaya dengan mineral, abu gunung berapi Jeju, air terma berkarbona­t dan kompleks bungaan merah jambu.

Formula yang digunakan itu dikatakan dapat membantu membersih jauh hingga ke dalam lapisan kulit, mengaw al sebum, mengecilka­n dan menguatkan liang pori, menghidrat serta menghalusk­an ton kulit.

Rangkaian yang dilengkapi dengan pencuci, penyegar dan esen itu memberi tumpuan terhadap tiga masalah kulit yang utama iaitu pori tersumbat, berpigmen dan meregang.

Liang pori tersumbat boleh menyebabka­n rembesan sebum atau minyak berlebihan. Pori yang berpigmen pula boleh menimbulka­n masalah melanin yang dihasilkan di dalam liang pori kelihatan lebih gelap.

Pada masa sama, pigmentasi juga boleh timbul di sekitar pori. Selain itu, masalah pori yang meregang juga boleh menyebabka­n kulit kering dan hilang keanjalann­ya.

 ??  ?? CARYN (depan tengah) pada majlis pelancaran
produk terbabit.
CARYN (depan tengah) pada majlis pelancaran produk terbabit.
 ??  ?? RANGKAIAN untuk wajah yang mengalami
masalah pori.
RANGKAIAN untuk wajah yang mengalami masalah pori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia