Harian Metro

Usah anggap mudah penjagaan kaki

-

Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh membentuk ketuat, berakar dan kulit tebal

berlebihan.

“Penjagaan kaki yang dipandang ringan ini boleh menjejaska­n kesihatan tapak kaki hingga menyebabka­n kesan merekah dan berasa tidak selesa. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membentuk ketuat, berakar dan kulit tebal (callus) hingga menyebabka­n rasa sakit atau bengkak,” katanya.

Justeru, Curio Green Paradise di Bangi Sentral ini memberi fokus terhadap rawatan kuku kaki dan tangan bagi individu yang sibuk atau tidak tahu merawat masalah berkaitan.

Bukan itu saja, terdapat juga rawatan utama yang disediakan iaitu Anti

Callus bagi membantu menyelesai­kan masalah di bahagian tumit dan tapak kaki.

Tempoh rawatan dilakukan mengikut keadaan atau masalah yang dihadapi dan biasanya mengambil masa antara 45 minit hingga satu jam.

Jika mengalami masalah tumit kaki kering, pelanggan disarankan untuk melakukan rawatan bersesuaia­n sekali dalam sebulan.

“Namun, jika masalah tumit atau tapak kaki yang teruk, rawatan perlu dilakukan dua kali sebulan di spa bersama penjagaan tambahan sendiri di rumah menggunaka­n produk yang dibekalkan.

“Produk yang digunakan di spa dan rawatan di rumah itu menggunaka­n bahan semula jadi seperti aloe vera, ekstrak bunga kenanga dan bengkuang yang memberi kebaikan kepada kesihatan serta kecantikan kaki.

“Misalnya, ketika rawatan Anti Callus, kaki pengunjung akan direndam ke dalam air suam dan garam bukit selama lima hingga tujuh minit bagi membantu membuang kotoran sebelum melakukan rawatan selanjutny­a,” katanya.

Selain di Bangi Sentral, spa rawatan tangan dan kaki itu juga boleh dikunjungi di cawanganny­a yang terletak di pusat beli-belah Ampang Point dan Wangsa Walk.

Sejak 12 tahun ditubuhkan, jenama berkenaan memberi fokus terhadap rawatan kuku tangan dan kaki di samping mendidik pelanggann­ya mengenai proses penjagaan kesihatan serta dan kecantikan bahagian yang sering dipandang remeh itu.

Bagi menarik pelanggan muda selain golongan dewasa, spa yang dibuka setiap hari itu dihias dengan dekorasi ringkas, berkonsep hispter (berbeza di setiap cawangan) dan menawarkan harga berpatutan bagi menyedarka­n mereka mengenai kepentinga­n penjagaan kaki sejak awal.

Selain menerima pelanggan, spa berkenaan juga mendapat kerjasama daripada sebuah hospital swasta untuk merujuk pesakit diabetes yang mengalami masalah kaki bagi mendapatka­n rawatan lanjutan yang bersesuaia­n.

Penjagaan kebersihan dan keselesaan turut diterapkan sepanjang sesi rawatan dengan mewajibkan setiap juruterapi di spa berkenaan mengenakan topeng mulut, sarung tangan dan apron.

 ??  ?? RAHIMAH (tiga dari kiri) bersama pemilik
spa, Wan Ainol Haskina Wan Kassim
(tiga dari kanan).
RAHIMAH (tiga dari kiri) bersama pemilik spa, Wan Ainol Haskina Wan Kassim (tiga dari kanan).
 ??  ?? DEKORASI ringkas untuk keselesaan pelanggan.
DEKORASI ringkas untuk keselesaan pelanggan.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA rawatan kaki yang dijalankan.
ANTARA rawatan kaki yang dijalankan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia