Harian Metro

Bedak serlah seri wajah

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Solekan smokey buat riasan mata lebih berdimensi selain

tampak elegan, seksi

Saat kad jemputan diterima, runsing memikirkan busana yang perlu digayakan agar ia bertepatan tema. Lebih buntu apabila perlu memikirkan jenis solekan dan dandanan rambut agar tidak kelihatan kekok apabila dipadankan bersama busana pilihan.

Lebih merumitkan keadaan apabila majlis diadakan selepas waktu bekerja dan wanita terpaksa bergegas ke salun kecantikan bagi mendapatka­n khidmat solekan profesiona­l.

Bagaimanap­un, dengan beberapa teknik mudah, solekan siang sebenarnya boleh diubah suai menjadi riasan malam yang lebih memukau.

Menurut Eksekutif

Kanan Latihan Mamonde Malaysia Landy Yeap, solekan siang yang lengkap boleh bertindak sebagai asas kepada solekan malam di samping perlu melakukan perancanga­n awal pada pilihan busana yang bakal digayakan.

“Solekan smokey pilihan sesuai kerana biasanya kita cuma perlukan satu ada dua rona dalam gradien yang sama untuk menghasilk­annya.

“Solekan smokey juga bukan saja dapat membuatkan riasan mata lebih berdimensi, malah tampak elegan dan seksi serta sesuai untuk semua rona baju,” katanya.

Pada masa sama, Landy menitikber­atkan penggunaan primer untuk memberi kesan kulit mulus sebelum wajah dioles dengan bedak kusyen.

Mengambil contoh Cotton Veil Primer SPF50+/PA+++ yang digunakan sebelum memedap bedak Cover Powder, ia dapat membantu menyerlahk­an seri wajah, di samping membuatkan solekan tahan lebih lama.

“Cotton Veil Primer ini bukan saja untuk penampilan kulit berseri sebelum berbedak, tetapi membantu mengurangk­an masalah minyak berlebihan pada permukaan kulit.

“Teksturnya tidak melekit dan membantu melegakan kulit yang mudah kemerahan.

“Ia sesuai digunakan sebagai langkah terakhir

 ??  ?? GAYA anggun dengan riasan smokey untuk penampilan majlis malam.
GAYA anggun dengan riasan smokey untuk penampilan majlis malam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LANDY
LANDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia