Harian Metro

Rambut kekal segar, harum

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Tidak kira sama ada bertudung atau tidak, rambut perlu dijaga dengan rapi. Jika rambut tidak dijaga dengan baik, ia mengakibat­kan masalah keguguran, kelemumur, gatal, rambut berminyak, kering atau bercabang sekali gus menyebabka­n rasa tidak selesa dan ada kalanya menimbulka­n sakit kepala.

Bagi mendapatka­n rambut yang sihat dan bersinar, pemilihan produk penjagaan rambut sangat penting. Bukan itu saja, untuk memberikan haruman berpanjang­an kepada rambut, semburan wangian kini boleh diperoleh dengan mudah.

Terdapat dalam tiga jenis wangian, Clair

Visage memperkena­lkan semburan wangian untuk rambut kekal segar dan harum. Summertime Blue - semburan yang dicipta khusus untuk wanita bertudung, mesra solat dan membantu menghilang­kan bau masam rambut sepanjang hari.

Sensual White pula didatangka­n khas dengan wangian menggoda bagi memberi keyakinan pada setiap sentuhan untuk dipakai bagi mengindahk­an waktu malam bersama pasangan.

Remaja dan wanita yang tidak bertudung pula sesuai mengenakan semburan Pink Fresh untuk memberi perlindung­an tambahan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Ia tidak berminyak dan dicipta berasaskan air yang juga sesuai dipakai bagi wanita yang aktif bersukan. Selain itu, produk 100 peratus Bumiputera ini juga menampilka­n Fix Spray Purple Booster untuk wanita yang gemar bermekap.

Semburan wajah berkenaan boleh dipakai sebelum dan selepas bersolek untuk menimbulka­n kesan wajah memukau, lembap, mulus dan membantu memastikan mekap tahan lebih lama.

Menariknya, semburan wajah berkenaan juga membantu menyejukka­n muka, merawat kulit sensitif akibat selaran matahari dan mengurangk­an kesan tekanan akibat kerja.

Semburan dicipta khusus untuk wanita bertudung, mesra solat

 ??  ?? SEMBURAN wajah untuk menyerikan kulit.
SEMBURAN wajah untuk menyerikan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia