Harian Metro

821 ANAK TANGGA KE PANORAMA

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

„ Bukit di Sungai Lembing jadi daya penarik

kepada pencinta alam lihat mentari terbit

Berketingg­ian 320 meter dari aras laut sudah cukup menjadikan Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing, di sini, sebagai daya penarik kepada mereka yang mencintai alam sekitar dan gemarkan aktiviti pendakian untuk berkunjung ke situ.

Bukan hanya menjanjika­n pemandanga­n indah ketika matahari terbit, malah bukit terletak di kawasan penuh sejarah itu menjadikan­nya kawasan mesra pendaki kepada mereka yang ingin menikmati keindahan alam serta menghirup udara segar di sana.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) Datuk Fadzilla Salleh berkata, sejak bukit itu menjadi daya tarikan kepada pendaki dan pelancong berkunjung ke situ pada awal 90-an, pihaknya mula membangunk­an laluan pendakian untuk mereka ke puncak.

Katanya, Bahagian Kejurutera­an MPK mula merancang pelan dan penstruktu­ran laluan ke puncak pada 1992 dengan membina anak tangga selepas ia menarik minat orang ramai menyaksika­n panorama matahari terbit.

“Ketika buat tangga dulu, kami bawa bahan binaan seperti simen dan batu menggunaka­n helikopter kerana ketika itu tiada lagi laluan seperti hari ini di Bukit Panorama.

“Apabila siap ia memudahkan pendaki dan orang ramai ke sana,”katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kini MPK menyediaka­n 821 anak tangga sepanjang laluan ke puncak Bukit Panorama iaitu bersamaan 80 peratus daripada laluan ditempuh pendaki.

Fadzilla berkata, hingga hari ini pihaknya masih mengekalka­n keindahan dan struktur laluan ke puncak Bukit Panorama dengan dua pegawai MPK ditempatka­n di kawasan bukit itu bagi memastikan tiada kerosakan atau perkara yang mampu menjejaska­n keindahan kawasan berkenaan.

“Pegawai ditempatka­n memeriksa setiap aspek di Bukit Panorama termasuk keselamata­n, infrastruk­tur dan ekosistem di sana.

“Kami mementingk­an keindahan bukit itu dikekalkan kerana kami mempunyai rancangan

jangka masa panjang,”katanya.

Hingga kini, MPK menyediaka­n kemudahan asas kepada pendaki seperti tandas awam, wakaf, surau, papan tanda, pemegang tangga selain kawasan parkir yang luas.

Mengulas mengenai cabaran dihadapi pihaknya dalam mengekalka­n keindahan dan ekosistem di bukit itu, Fadzilla berkata, pihak MPK menghadapi kekurangan kakitangan dalam memantau aktiviti pendaki yang kadangkala mempunyai sikap tidak bertanggun­gjawab.

“Kami harap sikap buang sampah merata-rata, membuat unggun api serta merosakkan tumbuhan dapat dikikis daripada orang ramai kerana ia bukan saja memberikan kerugian kepada masyarakat, malah pihak MPK mengeluark­an belanja untuk membaik pulihnya semula,”katanya.

Menurutnya, kawasan Bukit Panorama yang diwartakan sebagai kawasan warisan bukan saja menggamit kehadiran pelancong dari dalam, malah pelancong luar seperti dari Singapura dan China turut berminat ke bukit itu sebaik melewati Sungai Lembing.

Fadzilla berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan apa yang dilakukan MPK dalam mengekalka­n keindahan Bukit

Panorama.

“Tangga dan pemegang yang rosak apabila kami terima aduan kami cuba baik pulih secepat mungkin,”katanya.

Untuk rekod, pendakian ke puncak Bukit Panorama mengambil masa 25 hingga 45 minit dan orang ramai boleh menyaksika­n keindahan matahari terbit sekitar jam 6.30 pagi dengan suasana sejuk di puncaknya.

Fadzilla menambah, beliau sendiri terkejut dimaklumka­n ada pendaki sanggup memulakan pendakian seawal jam 3 pagi bagi menikmati kesegaran udara di puncak bukit sebelum merakam gambar ketika matahari terbit.

“Saya berharap Bukit Panorama dapat menjadi identiti kepada Sungai Lembing khususnya dan negeri Pahang amnya tambahan 2017 adalah Tahun Melawat Pahang yang diharap dapat menarik kehadiran orang ramai,”katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PAPAN tanda disediakan MPK sebagai peringatan kepada pendaki.
PAPAN tanda disediakan MPK sebagai peringatan kepada pendaki.
 ??  ??
 ?? FOTO: ?? BUKIT PANORAMA setinggi 320 meter dari aras laut jadi kemegahan Sungai Lembing.
FOTO: BUKIT PANORAMA setinggi 320 meter dari aras laut jadi kemegahan Sungai Lembing.
 ??  ?? PENDAKI merakam keindahan di puncak Bukit Panorama.
PENDAKI merakam keindahan di puncak Bukit Panorama.
 ??  ?? PENDAKIAN ke puncak mengambil masa 25 hingga 45 minit.
PENDAKIAN ke puncak mengambil masa 25 hingga 45 minit.
 ??  ?? KEMUDAHAN tandas disediakan di pintu masuk ke Bukit Panorama.
KEMUDAHAN tandas disediakan di pintu masuk ke Bukit Panorama.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia