Harian Metro

APA KHABAR ASRA?

-

Lama tak dengar cerita Asraruddin Putra Omar. Selepas meninggalk­an pasukan Johor Darul Ta’zim pada akhir musim lalu, sunyi sepi tanpa berita.

Bila musim baru bermula, Spy Bola jenguk-jenguk juga senarai pemain setiap pasukan, tidak pula terselit nama Asra.

Apa yang Spy Bola tahu, Asra baru mendirikan rumah tangga dan kini menjalanka­n perniagaan kedai gunting rambut di Kuala Selangor. Khabarnya boleh tahan juga sambutan anak muda di daerah sana terhadap kedai gunting yang dinamakan Piratas Barbershop itu.

Ramai juga kawankawan yang bertanya adakah Asra sudah bersara?

Untuk kepastian, Spy Bola menghubung­i Asra baru-baru ini. Kami tidak sempat bersembang panjang tapi Asra beritahu, dia kini berehat seketika daripada bola sepak bagi memastikan kecederaan lututnya benarbenar pulih.

“Saya belum bersara dan masih berminat untuk terus bermain. Kalau ada rezeki saya, InsyaAllah bila pintu perpindaha­n pemain dibuka nanti, saya akan bermain semula,” kata Asra ringkas.

Spy Bola pun tak mahu tanya banyak-banyak kerana kami berjanji akan jumpa tidak lama lagi. Mungkin pada pertemuan itu kelak banyak cerita eksklusif yang dapat Spy Bola korek daripada Asra.

Spy Bola: Merisik khabar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia