Harian Metro

BUKU CERITA BRAILLE

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menyediaka­n bahan bacaan untuk kanakkanak yang mengalami cacat penglihata­n menjadi misi utama lelaki yang menghidap penyakit Retinitis Pigmentosa (RP) sejak lahir ini.

Selaku Presiden Pertubuhan Pembanguna­n Orang Buta Malaysia (PPOBM) Mohammad Huzaifah Ahmad melihat kesukaran memperoleh bahan bacaan fiksyen pada zaman remaja membuatkan­nya menyedari keperluan itu antara usaha yang perlu diperjuang­kan.

Seperti kanak-kanak normal yang meminati buku cerita fantasi, dongeng mahupun novel, kanak-kanak istimewa orang kurang upaya

(OKU) turut memerlukan bahan bacaan demikian untuk merangsang perkembang­an mental, selain berkongsi keseronoka­n menimba ilmu.

“Apabila dilantik mengetuai PPOBM, saya

Presiden PPOBM mahu bangun modal insan menerusi pendidikan

dalam kalangan

kanakkanak OKU penglihata­n

berhasrat membangunk­an modal insan menerusi pendidikan terutama dalam kalangan generasi muda OKU penglihata­n.

“Saya pernah melanjutka­n pelajaran di Jepun dalam bidang Urutan dan Akupuntur di University of Tsukuba. Banyak pendedahan baru yang saya peroleh sepanjang tiga tahun berada di sana.

“Kerajaan dan pemain industri banyak memberi penekanan terhadap keperluan komuniti

OKU terutama cacat penglihata­n.

“Tidak mengabaika­n keperluan komuniti OKU, banyak bahan bacaan diterbitka­n terutama bagi kanak-kanak. Situasi yang berbeza di negara kita.

“Begitu juga dengan kemudahan barangan kelengkapa­n rumah, contohnya mesin basuh, turut dilengkapi dengan tulisan braille sekali gus memudahkan golongan OKU menikmati perkhidmat­an dan produk yang sama,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Menjalinka­n kerjasama dengan syarikat penerbitan buku, PTS Media Group, pasukan Mohammad Huzaifah bertanggun­gjawab menterjema­ah koleksi bacaan kanak-kanak kepada tulisan braille.

Kos penghasila­n sebuah buku menelan perbelanja­an anggaran RM100, lelaki berusia 36 tahun ini mengakui pihaknya memerlukan dana besar untuk menerbitka­n bahan bacaan braille sekali gus menjayakan inisiatif dilakukan.

Satu set mengandung­i 10 buah buku dihasilkan dalam empat versi, bahasa Malaysia, Inggeris, tulisan braille serta tulisan bersaiz besar mengikut keperluan kanak-kanak OKU.

“Kerajaan sememangny­a menyediaka­n buku teks tetapi tiada bahan bacaan kanak-kanak disediakan. Jadi, saya melihat kekosongan ini perlu dipenuhi oleh PPOBM.

“Setakat ini projek buku ini berjaya diserahkan kepada dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SPK) Alma, Pulau Pinang dan SPK Jalan Batu, Kuala Lumpur.

“Kami mempunyai antara 19 hingga 21 SPK penglihata­n di seluruh Malaysia, semestinya kita ingin membekalka­n bahan bacaan yang sama kepada semua murid istimewa ini.

“Demi kejayaan usaha itu, kita memerlukan dana yang besar. Ini kerana setiap sekolah, kita memperuntu­kkan tiga set buku untuk diletakkan di perpustaka­an, rujukan guru serta asrama. Jadi, kanak-kanak ini boleh menikmati bahan bacaan di mana saja,” katanya dengan penuh keazaman.

Berpegang kepada prinsip ‘tiada yang mustahil’, lelaki ini yang pernah melakukan sukan udara, ‘hang gliding’ di Jepun turut ingin berkongsi adrenalin

 ??  ?? TULANG belakang
PPOBM.
TULANG belakang PPOBM.
 ??  ?? BERSAMA isteri yang sentiasa di sisi.
BERSAMA isteri yang sentiasa di sisi.
 ??  ?? INGIN memperbany­akkan buku kanak-kanak dalam tulisan braille.
INGIN memperbany­akkan buku kanak-kanak dalam tulisan braille.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia