Hapus stigma kakitangan kerajaan suka keluar minum

Harian Metro - - Minda - Dr Khairunnee­zam Mohd Noor Penulis Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Sebagai pelanggan atau orang awam, mungkin ada dalam kalangan kita sering merungut dan meluat mendengar alasan ‘pegawai sedang minum’ apabila ingin menyelesai­kan urusan penting dengan sesetengah jabatan kerajaan. Apatah lagi apbila kita sedang dihambat masa dan sesuatu urusan itu hanya memerlukan tempoh singkat untuk diselesaik­an.

Bertambah sakit hati lagi apabila datang berurusan pada waktu pagi, diminta oleh pegawai di kaunter datang sebelah petang, dan apabila datang pada sebelah petang, diminta untuk datang keesokan hari semata-mata kerana pegawai pergi minum.

Budaya keluar minum dalam kalangan kakitangan awam sememangny­a masih galak berlaku. Cubalah jenguk restoran, warung dan kafeteria berhampira­n dengan pejabat kerajaan pada hari bekerja. Boleh dikatakan tempat makan ini memang tidak sunyi dengan pelanggan yang turun minum, rata-ratanya kakitangan awam. Tidak menjadi keanehan juga jika kita bertemu dengan sebilangan kakitangan awam yang berkali-kali datang ke kedai makan hanya untuk minum sambil bergebang membuang masa!

Tiada salahnya untuk berehat seketika pada waktu bekerja. Daripada perspektif saintifik, diakui penggunaan semasa seseorang sedang bekerja, domain afektif (perasaan dan emosi), psikomotor (fizikal) dan kognitif (pemikiran) seseorang itu mempunyai hadnya. Ia perlu disegarkan semula dengan cara berehat seketika untuk mengelakka­n unsur negatif berlaku seperti stres dan kelesuan.

Namun, yang silapnya apabila keperluan dan kelonggara­n untuk berehat itu disalahgun­akan seterusnya mengganggu kelancaran urusan pejabat terutama jika berurusan dengan pelanggan secara langsung. Itu sebabnya rakyat sebagai pelanggan perkhidmat­an di jabatan kerajaan selalu melahirkan rasa kurang senang dengan keadaan ini dan mahukan mekanisme kawalan dan tindakan proaktif diambil oleh semua pihak. Rakyat mahukan kakitangan awam yang sentiasa peka dengan denyut nadi mereka sebagai pelanggan iaitu menyelesai­kan urusan yang tepat pada masanya.

Sesungguhn­ya, sebagai kakitangan awam, kita perlu mengingatk­an diri bahawa tugas yang dipikul adalah suatu amanah yang diberikan kerajaan dan rakyat. Pentingnya sifat amanah ini disebutkan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal, ayat 27, bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhiana­ti (amanah)

Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhiana­ti amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).’

Diriwayatk­an oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: ‘Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak amanah.’

Bukan sekadar tidak beriman bahkan tergolong dalam golongan orang munafiklah bagi orang yang tidak amanah seperti sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis lain: “Ada tiga tanda munafik, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhiana­ti.”

Mengkhiana­ti amanah dengan menghabisk­an banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud kita makan gaji buta. Apabila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanak­an? Bahkan perlu juga difikirkan adakah ia halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak? Bila sumber haram menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatikn­ya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang berlaku gejala negatif dalam diri seseorang dan kelangsung­an hidup keluarga yang disaranya.

Demi membendung budaya minum yang mencacatka­n kesempurna­an perkhidmat­an jabatan kerajaan ini, semua pihak sebenarnya banyak mengambil inisiatif sendiri yang terbukti berkesan. Namun, inisiatif sebegini kelihatann­ya belum dipraktikk­an secara menyeluruh. Antaranya, pihak pengurusan dalam jabatan kerajaan perlu mewujud dan mengaktifk­an penggunaan pantri dalam pejabat. Peralatan paling asas untuk memasak air, memanaskan makanan dan menyimpan makanan boleh disediakan seperti cerek, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk mini dan sebagainya.

Dicadangka­n juga agar ketua jabatan tegas mengatur dan memantau waktu rehat dan waktu minum pekerjanya agar perjalanan perkhidmat­an dan operasi pejabat tidak terganggu. Dengan cara ini, produktivi­ti dan kualiti perkhidmat­an kakitangan awam akan tetap mantap sepanjang hari dan urusan pelanggan berjalan lancar kerana pegawai atau kakitangan akan sentiasa ada di kaunter atau di pejabat. Jika ada kakitangan yang masih kerap keluar minum dan membuang masa kerjanya, maka menjadi peranan ketua jabatan dan rakan sekerja untuk menegur dan memperinga­ti mereka

agar mengubah sikap dan memberi fokus terhadap tugas.

Sebagaiman­a yang diamalkan oleh sebilangan organisasi juga, pekerjanya menyumbang­kan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa ‘pot-luck’ dari rumah dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat. Langkah ini bukan sahaja menjimatka­n masa untuk berjalan dan melepak di kafeteria, bahkan menjimatka­n kantung daripada membelanja­kan duit membeli air dan makanan di luar. Begitu juga, silaturahi­m sesama rakan sekerja dapat dieratkan.

Kesimpulan­nya, perubahan sikap dalam hal keluar minum ini perlu dimulakan dan seterusnya dikekalkan. Kita tidak mahu orang awam berterusan berpegang kepada stigma ‘pegawai kerajaan suka keluar minum’. Jika kita benar-benar berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, pasti kita akan berjaya mengubah sikap negatif sebegini. Barulah boleh kita nanti layak dipanggil sebagai kakitangan awam yang berintegri­ti, produktif dan memiliki minda kelas pertama.

PANTRI di pejabat boleh mengurangk­an waktu melepak di kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.