Harian Metro

Pelaburan ‘hilang akal’

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ 28 mangsa jual beli emas ditawar dividen 10% setiap dua minggu rugi RM4.9 juta

Bermodalka­n wang tunai, barang kemas dan jongkong emas milik orang lain, seorang lelaki dipercayai terbabit dalam penipuan pelaburan, pembelian dan penjualan emas atas angin mengakibat­kan 28 orang terpaksa berputih mata menanggung kerugian antara RM400,000 dan RM4.9 juta sejak 2014 hingga tahun lalu.

Selain helah kononnya setiap pembelian barang emas dan jongkong emas mampu memperoleh dividen tinggi, turut ditawarkan adalah dividen sebanyak 10 peratus setiap dua minggu sebagai tarikan kepada pelabur.

Pelbagai taktik licik digunakan bukan sahaja berjaya memperdaya ramai mangsa, malah lelaki dikenali sebagai Wan Norazman Ariffin, 40-an, itu dipercayai terus giat memperdaya dan menjalanka­n aktiviti penipuan sehingga ke hari ini.

Biarpun lebih 16 laporan polis dibuat sejak 2014 hingga tahun lalu, lelaki berkenaan didakwa masih bebas menjalanka­n aktiviti penipuan tanpa rasa gusar atau takut.

Seorang mangsa, Rahmat Kamaruddin, 50, berkata, dia mengenali lelaki berkenaan pada September tahun lalu dan ditawarkan pemberian dividen 10 peratus setiap dua minggu hasil pembelian dua kilogram barang kemas dengan ketulenan 916 dan 999.9.

Menurutnya, tawaran hebat itu turut ditawarkan untuk pembelian perak dengan pemberian dividen sama dan kerana percaya, dia menyerahka­n wang tunai kepada lelaki berkenaan bermula dengan pelaburan pertama bernilai RM11,500.

“Selepas itu, saya turut mengajak beberapa rakan untuk membuat pembelian emas sehingga mencecah RM400,000 dan mereka tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila menerima pemberian dividen RM40,000 seperti dijanjikan.

“Tetapi selepas itu tiada lagi dividen diterima dan pelbagai helah serta alasan diberikan lelaki berkenaan.

“Apabila berasa ditipu, beberapa laporan polis dibuat pada 31 Oktober 2016 dan selepas itu, tiada sebarang perkembang­an terbaru dimaklumka­n sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam Wong Hon Wai di Pusat Khidmat ADUN Air Itam, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Abdul Wahab S Mohd Mydin, 48, berkata, dia bersama 16 lagi rakan kerugian kira-kira RM4.9 juta selepas lelaki berkenaan gagal membuat bayaran penuh untuk pembelian 16.635 kilogram jongkong emas.

Menurutnya, lelaki berkenaan kononnya membeli emas dijual mereka dan setiap pembelian akan diberikan cek pembayaran secara ansuran kepada semua pelabur antara tempoh enam bulan hingga 18 bulan.

“Daripada jumlah keseluruha­n cek diberikan, hanya RM710,349 berjaya ditunaikan pelabur manakala RM1.57 juta cek ditolak pihak bank dan RM2.66 juta lagi adalah cek bertarikh yang belum didepositk­an.

“Sejak kejadian itu, kami berusaha untuk mengadakan pembincang­an dengan lelaki berkenaan, tetapi gagal dan sudah membuat laporan polis namun tiada tindakan diambil setakat ini,” katanya.

 ??  ?? RAHMAT dan Siti Khatijah Zainal, 49, menunjukka­n laporan polis dan gambar suspek yang didakwa menipu.
RAHMAT dan Siti Khatijah Zainal, 49, menunjukka­n laporan polis dan gambar suspek yang didakwa menipu.
 ??  ?? ABDUL Wahab menunjukka­n cek tendang milik suspek ketika sidang media di Pusat Khidmat ADUN Air Itam.
ABDUL Wahab menunjukka­n cek tendang milik suspek ketika sidang media di Pusat Khidmat ADUN Air Itam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia