Harian Metro

Pemuda cedera tepis parang penyamun

-

Klang: “Saya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising motosikal serta jeritan emak yang meminta tolong,” kata Muhamad Shafiq Hisham, 26.

Muhamad Shafiq cedera di tangan kanan selepas ditetak dengan parang dalam kejadian samun di rumah keluargany­a di Taman Seri Medan, Teluk Panglima Garang dekat sini, jam 11.30 pagi, kelmarin.

“Emak, Hanita Ahmad yang berumur 49 tahun sedang menjemur kain di belakang rumah. Katanya, lima lelaki yang membonceng tiga motosikal tiba-tiba mendekatin­ya namun seorang daripada mereka terjatuh sebelum bangun dan mengacukan parang ke arah emak.

“Lelaki itu merentap rantai leher emak, mujur emak tidak dicederaka­n. Sejurus terdengar jeritan emak, saya terus bangun dan meluru ke luar rumah. Bagaimanap­un, apabila tiba di pintu belakang, seorang daripada penjenayah menetak sebelum saya menepis parang itu dengan tangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam.

Menurut Muhamad Shafiq, selepas ditetak, dia hampir pitam berikutan kehilangan banyak darah.

“Pada masa sama, seorang daripada penjenayah cuba masuk ke rumah namun berpatah balik, mungkin kerana kecederaan saya,” katanya.

Akibat kejadian, Muhamad Shafiq menjalani pembedahan kecil dan keadaannya kini stabil.

Menurutnya, ibunya tidak cedera namun penglihata­n wanita berkenaan kabur selepas terjatuh akibat ditolak dan turut dirawat di HTAR.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Azizan Tukiman ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengesan suspek.

“Motosikal digunakan suspek dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpula­n menggunaka­n senjata,” katanya.

Apabila tiba di pintu belakang, seorang daripada penjenayah menetak sebelum saya menepis parang itu dengan tangan”

Muhamad Shafiq Hisham

 ??  ?? TANGAN kanan Muhamad Shafiq yang cedera akibat ditetak.
TANGAN kanan Muhamad Shafiq yang cedera akibat ditetak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia