Harian Metro

Bakal doktor gigi johan qariah

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Bakal doktor gigi dinobatkan johan qariah dalam Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri, di sini, akhir bulan lalu, sekali gus mewakili Pahang pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang berlangsun­g di Melaka pada 2 hingga 8 April depan.

“Saya sertai Majlis Tilawah al-Quran hanya suka-suka, tidak lebih daripada itu. Sedikit pengalaman sebelum ini jadi sandaran bersaing dengan peserta lain.

“Mungkin rezeki saya apabila terpilih sebagai johan qariah Majlis Tilawah al-Quran di peringkat negeri,” kata Siti Syahirah Isa, 26.

Penuntut Kuliyyah Pergigian Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan itu muncul johan qariah dalam majlis berkenaan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Katanya, sebagai peserta baru dia tidak menaruh harapan meraih kejayaan. Bagaimanap­un, ternyata rezeki berpihak kepadanya apabila diumumkan sebagai johan qariah seterusnya mewakili Pahang pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan nanti.

“Saya ambil masa dua bulan untuk persediaan menyertai pertanding­an. Saya hanya belajar sekali seminggu di masjid dengan tunjuk ajar guru.

“Kesuntukan masa kuliah dan latihan amali setiap hari menyebabka­n saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bacaan al-Quran secara berlagu atau bertaranum,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Siti Syahirah yang sebelum ini menyertai program Pensijilan Tahfiz al-Quran Darul Quran UIAM, Selangor, berkata, dia banyak mempelajar­i bacaan al-Quran bertaranum menerusi bapanya, Isa Yahya, 70, serta gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka, Nooraini Abdullah.

Beliau yang berasal dari Melaka, sebelum ini pernah muncul naib johan Majlis Tadarus al-Quran peringkat sekolah menengah dan johan Tadarus al-Quran Karnival Amal Islami Institusi

„ Siswi UIAM terpilih wakili Pahang ke peringkat kebangsaan Kesuntukan masa kuliah dan latihan amali setiap hari menyebabka­n saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bacaan al-Quran secara berlagu atau bertaranum”

Siti Syahirah

Pengajian Tinggi Islam (IPTIM) peringkat kebangsaan.

“Saya bersyukur dianugerah­kan sedikit kelebihan suara dan kemampuan membaca al-Quran secara bertaranum. Semangat dan kesungguha­n tinggi menjadi bekalan setiap kali menyertai pertanding­an.

“Impian saya selepas ini untuk mencatat kejayaan pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang pasti berdepan cabaran lebih sengit apabila bersaing dengan peserta terbaik negeri lain.

“Saya mahu melakar kejayaan manis untuk diri sendiri seterusnya UIAM,” katanya yang akan bergelar doktor gigi selepas menamatkan pengajian di UIAM.

 ??  ?? SITI Syahirah bersama replika cek dan hadiah iringan yang dimenangin­ya dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri, baru-baru ini.
SITI Syahirah bersama replika cek dan hadiah iringan yang dimenangin­ya dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia