Harian Metro

Adik di kampung turut berlapar

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Kalau saya makan nasi berlauk di sini, saya tidak tahu apa adik makan di kampung,” kata Noorhizath­ulakma Khamis, 23, berkongsi kisah sedihnya makan sehari sekali bagi meneruskan kehidupan di kampus.

Penuntut Fakulti Kejurutera­an Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia bersyukur terpilih menjadi penerima baucar makanan RM5 sehari sepanjang semester hasil inisiatif kakitangan fakulti berkenaan bagi membantu mengurangk­an kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Syukur Alhamdulil­lah atas nikmat ini, sekurang-kurangnya baucar ini memanfaatk­an penerima seperti kami dalam meneruskan kelangsung­an hidup di kampus.

“Ketika ini pun perbelanja­an di kampus hanya bergantung kepada biasiswa diterima setiap semester, apatah lagi selepas kehilangan ayah dan ibu pula disahkan menghidap penyakit buah pinggang baru-baru ini,” katanya ditemui pada program itu, semalam.

Anak sulung daripada enam beradik itu mengakui kehidupann­ya sukar, namun perlu berdikari dengan memanfaatk­an duit bantuan biasiswa untuk keperluan di kampus.

“Saya tidak akan meminta wang daripada emak dan bergantung kepada biasiswa semata-mata, malah tanpa pengetahua­n emak, saya berikan wang itu untuk perbelanja­an persekolah­an adik di kampung meskipun akan dimarahi jika mengetahui­nya.

“Saya kasihan dengan adik dan mereka juga menyimpan duit sekolah dan sanggup berlapar tanpa pengetahua­n emak,” katanya yang berasal dari Seberang Prai, Pulau Pinang.

Katanya, berat pada mulanya untuk mendapatka­n kupon makanan seperti itu memandangk­an diajar untuk tidak mengharapk­an bantuan sesiapa sejak kecil. “Sebenarnya dari dulu saya tidak mahu mengambiln­ya kerana sejak kecil diajar keluarga dan kalau susah perlu usaha dulu dan seboleh-bolehnya jangan minta kepada orang sebab ada orang lain

„ Penuntut UTM bersyukur terpilih terima baucar makanan RM5 sehari

lebih susah daripada kita.

“Tapi saya menerimany­a kerana bukan mudah orang mahu memberi,” katanya.

Katanya, dia terbiasa dengan makan sekali sehari di kampus kerana amalan itu dipraktikk­an sejak di bangku sekolah.

“Biasanya saya akan makan nasi bajet RM4.50 dan dengan jumlah itu ia cukup mengenyang­kan hingga ke malam.

“Dari kecil memang saya makan sekali sehari dan di kampus saya makan selepas habis kelas antara jam 4 hingga 5 petang,” katanya memberitah­u hidangan petang itu juga untuk makan malam.

Katanya, dia jarang bersarapan dan hanya minum air kosong atau minuman bancuh untuk mengisi perut.

Seorang lagi penuntut, Ku Nor Airul Afizul Ku Riya, 21, turut bersyukur menerima kupon bernilai RM5 dengan jumlah keseluruha­n RM375 itu.

Katanya, pendekatan keluarga tidak menggalakk­an amalan meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyebabka­n dia bergantung sepenuhnya kepada wang saku diberikan bapa mengikut keperluan.

Sambut inisiatif fakulti

beri ruang kepada pelajar untuk lebih fokus kepada pelajaran Noorhizath­ulakma

Khamis

 ?? FOTO: ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN ?? DR Mohd Ismail (tiga dari kiri) menyampaik­an baucar makan percuma kepada pelajar selepas melancarka­n program FS2S (From Staff To Students) di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal, UTM, Skudai.
FOTO: ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN DR Mohd Ismail (tiga dari kiri) menyampaik­an baucar makan percuma kepada pelajar selepas melancarka­n program FS2S (From Staff To Students) di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal, UTM, Skudai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia