Harian Metro

MAHLIGAI KUBURAN

- Rizanizam Abdul Hamid, Siraj Mohd Zaini dan SAiti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

„ Waris belanja ribuan ringgit bina kepuk mewah hingga ‘makan’ ruang kubur lain

Kuala Lumpur

Orang tersayang sudah menghadap Ilahi, tapi sikap bermewah-mewah segelintir waris yang membina kepuk mewah bersaiz besar umpama ‘pusara banglo’ kononnya untuk menghargai si mati antara punca masalah kepadatan kubur di beberapa bandar besar di negara ini.

Golongan berada itu sanggup membelanja­kan hingga RM14,000 untuk membina pusara istimewa berkenaan sedangkan ia mengambil ruang yang boleh diisi jenazah lain.

Ini menyebabka­n ramai ahli kariah tidak dapat dikebumika­n di tanah perkuburan yang berdekatan dengan tempat tinggal walaupun menetap di situ berpuluh-puluh tahun.

Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan perkuburan di sekitar Lembah Klang mendapati, ada antara pusara berkenaan dibina dengan saiz keterlalua­n sehingga menampakka­n perbezaan ketara antara satu kubur dengan kubur yang lain.

Sedangkan umum mengetahui, tanah perkuburan adalah tanah wakaf hak milik semua orang Islam yang tidak sepatutnya dibuat binaan kekal seperti batu, pagar dan sebagainya sebaliknya menggunaka­n kepuk jenis pasang siap.

Kepuk pusara jenis pasang siap ini boleh dibuka semula jika tanah perkuburan itu telah penuh dan tidak menimbulka­n sebarang masalah untuk menempatka­n jenazah yang lain.

Sebaliknya, penggunaan kepuk daripada bahan binaan kekal seperti batu dan konkrit hanya akan menyempitk­an kawasan perkuburan, sekali gus menjadikan jumlah pusara yang boleh dimuatkan terhad kerana didirikan ‘banglo’ kecil oleh waris si mati.

Tinjauan mendapati terdapat sekurang-kurangnya 20 pusara lama yang dipercayai berusia puluhan tahun dibina dengan kepuk menggunaka­n batu marmar selain binaan kekal seperti tembok, pagar besi dan bangku batu.

Malah, agak mengejutka­n apabila tinjauan turut mendapati ada pusara yang dibina tembok berketingg­ian kira-kira 1.5 meter dilengkapi dengan tempat duduk konkrit mengelilin­gi kubur.

Terdapat juga beberapa kubur lain dibina dengan tembok batu selain lantai simen dan bangku konkrit sehingga ‘memakan’ laluan pejalan kaki yang menziarahi kubur.

Keadaan yang terlalu sempit itu juga menyukarka­n pergerakan sehingga adakalanya pengunjung terpaksa memijak lantai konkrit sesebuah kepuk yang ‘memakan’ ruang laluan antara kubur.

Selain itu, terdapat juga beberapa kubur yang seolah-olah bercantum apabila binaan kepuk batu terlalu lebar antara satu dengan lain.

Bagaimanap­un, susunan kubur dengan kepuk yang ‘bermewah-mewah’ dan tidak seragam itu kebanyakan­nya membabitka­n pusara yang dipercayai sudah berusia puluhan tahun, selain beberapa pusara baru.

Kebanyakan kubur baru menggunaka­n kepuk yang lebih seragam dan menepati spesifikas­i ditetapkan pihak berkuasa dengan saiz lebar tidak melebihi 0.9 meter (tiga kaki) dan panjang 2.13 meter (tujuh kaki).

 ??  ?? ANTARA binaan kepuk yang tidak menepati spesifikas­i dibenarkan.
ANTARA binaan kepuk yang tidak menepati spesifikas­i dibenarkan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia