Harian Metro

Struktur kekal dilarang

-

Kuala Lumpur: Binaan kepungan kubur atau kepuk menggunaka­n bahan kekal seperti batu dan konkrit apatah lagi bersaiz besar dan mewah dilarang Islam kerana menyukarka­n tapak kubur itu digali semula untuk menempatka­n jenazah baru.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mayat yang ditanam mereput dalam tempoh 15 tahun dan sepatutnya tapak kubur lama boleh digali serta digunakan semula sebagai tapak perkuburan.

“Umat Islam tidak sepatutnya membazir membelanja­kan ribuan ringgit untuk binaan batu nisan dan kepuk.

“Membazirka­n harta dan wang ringgit adalah haram kerana ada unsur pembaziran walaupun seseorang itu mampu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini semalam.

Selain itu, menurut beliau, tidak wujud perintah mengenai syarat umat Islam perlu melakukan sesuatu amalan sebelum meletakkan batu nisan pada kubur, malah ia boleh menjadi bidaah iaitu mewujudkan sesuatu yang tiada dalam agama.

“Saya harap umat Islam dapat mematuhi peraturan ditetapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri bukannya untuk tujuan riak kerana apa yang lebih penting adalah menghadiah­kan pahala kepada arwah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, berlaku kekhilafan berhubung binaan kepuk dalam kalangan ulama.

“Ini kerana tujuan asasnya adalah supaya tanah tidak roboh, bagi membezakan antara tanah kubur dan bukan, serta supaya agar tidak dipijak dan menjadi jalan.

“Jika binaannya rendah dan tidak menunjukka­n kepada pembaziran, tetapi sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di samping menjaga kebersihan­nya, maka kami cenderung hukumnya ialah harus,” katanya.

Beliau berkata, binaan kepuk di kubur yang berlebih-lebihan adalah tidak dibenarkan, bahkan bercanggah dengan sifat Islam yang sebenar.

 ??  ?? DR Wan Salim
DR Wan Salim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia