Harian Metro

Hyper Act nafi singkir penyanyi

-

Kuala Lumpur: Anggota Hyper Act, Toi menafikan dakwaan penyanyi mereka, Kecik sudah disingkirk­an daripada kumpulan itu.

Bagaimanap­un, Toi yang juga pemain bass kumpulan itu tidak menafikan Kecik memang berdepan masalah dengan pengurusan mereka iaitu Hype Beat Sdn Bhd ketika ini.

“Kami tidak pernah keluarkan kenyataan menyuruh dia keluar daripada Hyper Act. Sebaliknya, kami cuma memberikan tempoh hukuman kepadanya kerana dia seperti hilang fokus sejak kebelakang­an ini. “Kami tiada masalah dengannya dan dia masih boleh buat persembaha­n bersama kami. Cuma kami menurut arahan pengurusan untuk menggantik­an dia dalam mana-mana persembaha­n buat masa ini,” katanya kepada Harian Metro.

Toi berkata, mereka cuma ‘menggertak’ Kecik berikutan dia seperti mengalami kejutan budaya sebaik dikenali dalam industri hiburan tempatan.

“Kami faham dia semakin ramai peminat dan perlu bersosial. Namun, komitmen diberikann­ya semakin merudum. Kami sudah menasihati­nya, tetapi nampaknya dia tidak mengambil serius nasihat kami. Disebabkan itulah kami memberi hukuman kepadanya supaya dia mengambil serius perjuangan Hyper Act dan tidak hanyut dengan populariti,” katanya.

Sementara itu, Kecik atau nama sebenarnya Mohamad Fauzi Kamarudin ketika dihubungi mengakui kerjayanya terbantut kerana tidak dilepaskan secara rasmi oleh pengurusan Hype Beat.

Kecik berkata, dia merayu supaya kontraknya ditamatkan secara rasmi dan memohon pihak pengurusan itu datang berjumpany­a.

“Sekarang ini saya tidak boleh mengambil tawaran mana-mana syarikat rakaman lain dan tidak boleh keluarkan single selagi penamatan kontrak saya tiada hitam putih,” katanya.

Kecik berkata, dia cuba mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan terbabit bagi menyelesai­kan isu kontrak, namun mereka tidak mahu berjumpa.

“Saya sudah meminta bantuan daripada Seniman untuk menyelesai­kan kemelut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu membesarka­n isu berkenaan sampai ke mahkamah,” katanya.

Kecik memuat naik kenyataan di Instagram bahawa dia sudah dibuang daripada Hyper Act. Bagaimanap­un, statusnya digantung tidak bertali kerana surat penamatan kontrak tidak diberikan kepadanya secara rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia