Harian Metro

Idam mati tika ceramah

- Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my

Penyakit yang dihidapiny­a tidak menjadi alasan untuk penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, meratapi nasib mahupun memperlaha­nkan aktiviti dakwahnya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi, disahkan menghidap kanser limfoma, 31 Januari lalu, namun tidak mahu ‘duduk diam’ apabila terus menerima undangan ceramah dan mencari dana untuk Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor.

“Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapi­nya. Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaik­an ceramah agama.

“Aktiviti seperti ceramah saya teruskan macam biasa sebab saya tiada rasa sakit cuma penat mungkin belum sembuh sepenuhnya.

“Program di TV9 (Tanyalah Ustaz) juga masih berjalan. Kadangkala saya membantu penerbit mencari golongan ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Beliau berkata, kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah, Disember lalu.

“Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT.

“Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta, 1 Februari lalu,” katanya.

Beliau berkata, doktor menjangkak­an kemungkina­n sel kanser itu berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak disedariny­a.

Ketika dia giat mengumpul dana RM300,000 membina surau di rumah anak yatim itu, beliau memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan kimoterapi antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi sembilan sesi.

“Saya dengan perasaan malu dan terharu, kalau ada

„ Ustaz Hanafi tidak mahu duduk diam selepas disahkan hidap kanser limfoma

yang ingin membantu...sebab saya anggap ‘hadiah’ daripada Allah ini mungkin ada hikmah,” katanya.

Ustaz Hanafi yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi juga berhasrat menjual motosikal kesayangan­nya model Kawasaki GTR1400.

“Kepada semua, doakan saya sembuh dan harapnya kimoterapi tidak menyebabka­n saya lemah,” katanya yang mempunyai sembilan anak dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.

Sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun CIMB 7001645436, Maybank 1624050855­41 atau BANK ISLAM 1416202009­6634 (Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia