Harian Metro

Fobia Islam

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ YADIM selar golongan dakwa Dr Zakir Naik ancaman kepada negara

Tindakan segelintir pihak yang memulakan prosiding undang-undang untuk mendapatka­n perintah mengisytih­arkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman keselamata­n negara disifatkan satu reaksi yang terlalu fobia dengan Islam.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Yusri Mohamad berkata, kumpulan terbabit mempunyai pandangan sekular, malah mereka seolah-olah mahu Islam itu tidak memainkan peranan dalam masyarakat, tetapi tertumpu di masjid semata-mata.

Justeru, katanya, masyarakat Islam di negara ini seharusnya berwaspada serta tidak terikut-ikut dengan pandangan oleh kumpulan berkenaan.

“Sebagai pendakwah, Dr Zakir bukan seorang tokoh yang mempunyai mesej tersembuny­i dan sikap beliau itu tidak sepatutnya dengan mudah dikaitkan dengan perkara mengancam negara.

“Jika betul beliau berada di Malaysia, negara kita mempunyai undang-undang, kaedah serta cara yang diguna pakai selama ini untuk mengawal dan mengatur urus termasuk hal berkaitan ajaran Islam,” katanya kepada media selepas sidang media pelancaran Konvensyen Menghidupk­an Semula Roh Islam, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai 19 rakyat Malaysia memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatka­n perintah mahkamah bagi mengisytih­arkan pendakwah Dr Zakir sebagai ancaman kepada keselamata­n negara, kelmarin.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF).

Dalam pada itu, Dr Yusri yakin undang-undang, peraturan serta institusi sedia ada di negara ini adalah memadai untuk menangani sebarang situasi termasuk kehadiran penceramah dan tokoh agama dari luar.

 ??  ?? ZAKIR menyampaik­an syarahan ketika sesi lawatan ke Malaysia.
ZAKIR menyampaik­an syarahan ketika sesi lawatan ke Malaysia.
 ?? Dr Yusri ?? Negara kita mempunyai undang-undang, kaedah serta cara yang diguna pakai selama ini untuk mengawal hal berkaitan ajaran Islam”
Dr Yusri Negara kita mempunyai undang-undang, kaedah serta cara yang diguna pakai selama ini untuk mengawal hal berkaitan ajaran Islam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia