Harian Metro

Terus usir Jong-chol

-

„ Tempoh tahanan reman suspek tamat hari ini

Suspek pembunuhan Jong-nam, Ri Jong-chol, 47, yang juga warga Korea Utara akan diusir dari negara ini selepas tahanan remannya tamat hari ini.

Jong-chol dilaporkan sudah menetap di negara ini lebih tiga tahun lalu sebelum ditahan 17 Februari lalu susulan kes pembunuhan Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un .

Ahli kimia itu ditahan di unit kondominiu­mnya di Jalan Klang Lama, di sini bagi membantu siasatan kematian Jong-nam yang menggunaka­n nama Kim Chol dalam pasportnya dan dipercayai diracun dengan senjata kimia agen saraf VX.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, kertas siasatan ke atas suspek terbabit sudah diterima dan pihaknya mendapati tidak cukup bukti untuk melaksanak­an pendakwaan ke atasnya.

“Keputusan ini diambil berikutan kita dapati kekurangan bukti untuk mengheretn­ya ke muka pengadilan membabitka­n pembunuhan itu.

“Kita akan usir dia (Jong-chol) dari negara ini esok (hari ini),” katanya.

Tempoh reman Jong-chol selama 14 hari berakhir hari ini dan pada masa sama pasport kakitangan Tombo Enterprise itu juga sudah tamat tempoh sejak 6 Februari lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek akan diserah kepada Jabatan Imigresen bagi proses penghantar­an pulang ke negara asal.

Beliau berkata, tindakan terhadap Jong-chol itu dilakukan selepas pihaknya merujuk Jabatan Peguam Negara.

“Kami sudah rujuk (berkenaan siasatan terhadap Jong-chol) kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduh suspek berkenaan di mahkamah.

“Justeru, polis menyerahka­n lelaki Korea Utara terbabit kepada pihak imigresen esok (hari ini) untuk proses penghantar­an pulang ke negara asal,” katanya.

Jong-chol adalah seorang daripada lapan suspek lelaki Korea Utara disyaki terbabit dalam komplot pembunuhan Jong-nam dan disahkan mati dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya 13 Februari lalu.

Empat suspek lelaki Korea Utara dilaporkan sudah lari meninggalk­an negara ini pada hari insiden berkenaan iaitu dikenali Ri Ji-hyon, 33; Hong Song-hye, 34; O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57, berdasarka­n rekod dokumen perjalanan mereka.

Tiga lagi yang sedang dikesan ialah Ri Ji-u, 30, atau lebih dikenali sebagai James; Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyon Kwang-song serta pekerja syarikat penerbanga­n Air Koryo, Kim Uk-il.

 ?? Mohamed Apandi ?? Keputusan ini diambil berikutan kita dapati kekurangan bukti untuk mengheretn­ya ke muka pengadilan membabitka­n pembunuhan itu”
Mohamed Apandi Keputusan ini diambil berikutan kita dapati kekurangan bukti untuk mengheretn­ya ke muka pengadilan membabitka­n pembunuhan itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia