Harian Metro

Pegawai TLDM dijel 8 bulan

-

Ipoh: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua pertuduhan menerima barangan berharga bernilai RM92,216 yang ada kaitan dengan urusan pembekalan barangan kepada pasukan itu, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Kepten Abdul Aziz Gaffor, 56, yang sebelum ini didakwa pada 9 September 2015 menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim S Indera Nehru.

Abdul Aziz didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan barangan berharga iaitu jam tangan jenama Rolex bernilai RM57,071 dan telefon bimbit jenama Vertu bernilai RM37,145 sebagai balasan daripada Hussin Roslim@Roslind yang syarikatny­a mempunyai kepentinga­n hubungan kerja rasmi dengan tertuduh antara Mac hingga Disember 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Manjung Raya, Seri Manjung, Manjung, masing-masing pada Mac dan Disember 2014 dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Indera kemudian menjatuhka­n penjara lapan bulan serta denda RM40,000 bagi setiap pertuduhan dan tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan, namun memerintah­kan hukuman penjara berjalan mulai semalam. Johor Bahru: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun dan denda RM20,000 terhadap seorang ahli perniagaan selepas didapati bersalah memberi rasuah RM2,950 kepada pegawai polis, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Lim Wee Kwang, 57, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Lim didakwa memberi suapan kepada Inspektor Mohd Mokhtar Mohd Nor yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapny­a yang disyaki memiliki dadah dan peluru hidup.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di No 52, Jalan Sepat, Taman Banang, dekat Batu Pahat, jam 7.45 petang, 14 Januari 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda hingga lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

 ??  ?? LIM dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
LIM dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
 ??  ?? ABDUL Aziz menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.
ABDUL Aziz menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia