Harian Metro

Rumah serba uzur

-

Kota Bharu: Ibu tunggal dan tujuh anak serta empat cucunya di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh di sini, terpaksa menghuni rumah yang serba uzur disebabkan desakan hidup.

Sa’adiah Samat, 62, berkata, rumah itu sudah dihuninya lebih 20 tahun yang lalu dan tidak dibaik pulih disebabkan kekurangan wang untuk menampung kos ubah suai.

Katanya, lima anak lain yang sudah berkeluarg­a pula hanya bekerja kampung dan pendapatan diperoleh hanya cukup untuk menampung kos sara hidup mereka.

“Sebagai ibu, saya tahu anak-anak sudah melakukan yang terbaik terutama dalam menjaga segala keperluan keluarga selepas arwah suami meninggal dunia 10 tahun lalu kerana menghidap penyakit lelah.

“Namun, pendapatan mereka yang bekerja kampung hanya cukup untuk menampung keluarga masing-masing.

“Tapi, untuk membaiki rumah, memanglah kami tidak mampu dan berharap sekiranya ada pihak yang dapat bantu,” katanya yang tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sa’adiah mengakui bimbang kerana struktur rumah tidak lagi kukuh disebabkan tiang kayu dan lantai banyak dimakan anai-anai.

Katanya, atap bocor juga semakin banyak menyebabka­n apabila hujan, mereka terpaksa meletakkan baldi untuk mengelak bergenang air.

Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata pihaknya akan berusaha mendapatka­n peruntukan Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) untuk membaik pulih rumah berkenaan.

Katanya, pihaknya memahami kedaifan keluarga berkenaan apatah lagi Sa’adiah yang sudah lanjut usia juga semakin uzur.

“Dalam masa sama, saya berharap peruntukan disegeraka­n dan ada pihak korporat yang turut sama membantu,” katanya.

 ??  ?? RUMAH uzur Sa'adiah di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh.
RUMAH uzur Sa'adiah di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia