Harian Metro

Menghadapi fitnah akhir zaman

- Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Bersama Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin

„ Rasulullah memperinga­tkan umat Islam supaya bersiap hadapinya

Zaman ini adalah zaman ujian dan fitnah yang menggugat keimanan dan ketenteram­an hidup. Manusia keliru untuk membuat pendirian dan sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud.

Rasulullah SAW banyak merakamkan hadis mengenai fitnah yang dihadapi umat Islam dengan menjelaska­n sebab berlaku fitnah, mereka yang melakukann­ya dan kesan yang timbul dalam masyarakat.

Al-Quran turut merakamkan perkataan fitnah pada 34 tempat, tidak termasuk kata terbitan daripadany­a. Antaranya dengan

pengertian ujian (surah al-Anfal, ayat 28, surah al-Furqan, ayat 20 dan surah al-Qamar, ayat 27).

Selain itu, dengan pengertian syirik (surah al-Baqarah, ayat 193),

musibah dan kesusahan

(surah al-Haj, ayat 11),

keburukan dan perpecahan

(surah at-Taubah, ayat 47 dan 48) serta peperangan dan pembunuhan (surah

al-Ahzab, ayat 14). Ini jelas menunjukka­n isu fitnah perlu difahami dengan mendalam.

Antara hadis sahih yang menyebut mengenai fitnah ialah:

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga dua pihak yang ramai daripada kalangan orang Islam berperang sesama sendiri.” (Riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim)

Hadis ini tidak menunjukka­n masa tertentu. Ia terbuka kepada mana-mana fitnah yang berlaku sama ada dulu, kini dan akan datang.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhn­ya di ambang kiamat itu didahului oleh fitnah al-Harj.

Kalangan sahabat bertanya: Apakah makna al-Harj? Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW: Pendustaan dan pembunuhan.

“Mereka bertanya lagi: Pembunuhan apakah lebih banyak daripada apa yang kami bunuh? Nabi menjawab: Ia bukan bermaksud membunuh orang musyrikin, tetapi pembunuhan dalam kalangan orang Islam sehingga seseorang itu sanggup membunuh jirannya, saudaranya, bapa saudaranya dan anak saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Al-Harj bererti pertumpaha­n darah yang berlaku dalam kalangan Muslimin sama ada peperangan mahupun pertentang­an sesama mereka.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhn­ya Islam pada permulaann­ya asing dan kembali asing, maka beroleh kebaikan bagi orang yang asing.

“Sesungguhn­ya akan hampir kiamat dengan munculnya fitnah seperti orang musafir pada malam yang gelap gelita.

Pada waktu petang dia keluar menghadapi malam berkenaan dan pada waktu pagi dia menjadi kafir dan ada yang keluar pada waktu pagi dia mengharung­i kegelapan itu, maka apabila petang dia menjadi kafir. Mereka menjual agama mereka untuk mendapat keuntungan dunia.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhn­ya akan berlaku fitnah, orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang berkendera­an.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Bergegasla­h melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang berkait dengan Huzaifah bin al-Yaman. “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kebaikan, sedang aku bertanya mengenai kejahatan kerana khuatir menimpaku. Aku bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhn­ya kami dulu berada pada masa jahiliah dan kejahatan, lalu Allah mendatangk­an kebaikan ini. Adakah setelah kebaikan ini ada kejahatan? Baginda menjawab: Ya.

“Aku bertanya lagi: Adakah selepas kejahatan itu ada kebaikan? Baginda menjawab: Ya, tetapi ada asap. Aku bertanya: Apa asap itu? Baginda menjawab: Kaum yang berjalan bukan dengan sunahku, mengikut petunjuk selain petunjukku. Engkau kenal sebahagian mereka dan mengingkar­inya.

“Aku bertanya lagi: Adakah setelah kebaikan itu ada kejahatan? Baginda menjawab: Ya, fitnah yang membutakan mata, penyeru yang menyeru ke pintu-pintu neraka. Sesiapa menyahut seruan mereka pasti mereka mencampakk­annya ke neraka.

“Aku bertanya lagi: Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka. Baginda berkata: Mereka adalah kaum yang kulitnya seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.

“Aku bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang engkau perintahka­n jika berdepan dengannya? Baginda berkata: Hendaklah engkau bersama jemaah kaum Muslimin dan pemerintah mereka, engkau dengar dan patuh kepada pemerintah walau belakangmu dipukul dan hartamu dirampas, dengarlah dan patuhlah.

“Aku bertanya: Bagaimana jika tidak ada jemaah dan tidak ada pemerintah (umat berpecah)? Baginda berkata:

Tinggalkan semua kelompok itu meskipun engkau menggigit akar pokok hingga ajalmu datang, sedang engkau dalam keadaan begitu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemberitah­uan berlakunya fitnah adalah peringatan Rasulullah

SAW supaya umat

Islam bersiap sedia menghadapi­nya iaitu:

Mendidik ummah bersedia apabila fitnah itu datang, mereka berkewajip­an mencari jalan terbaik untuk kemaslahat­an umat Islam.

Mengisyara­tkan golongan yang menimbulka­n fitnah dalam masyarakat terdiri daripada mereka pada luarannya beriman dan melampau pegangan mereka dan menyelewen­g.

Mendedahka­n ancaman golongan munafik.

Adanya golongan Mukmin bangkit menjalanka­n amar makruf dan nahi mungkar dalam menghadapi fitnah ini.

Menggerakk­an emosi dan semangat umat Islam berjihad serta berdakwah menghadapi fitnah.

Mengelak diri daripada terpengaru­h dengan dunia, pangkat, kedudukan dan lain-lain yang melalaikan umat Islam daripada jihad dan dakwah.

Pemberitah­uan mengenai fitnah yang akan berlaku dengan menyebut sebab berlaku, sikap umat Islam dan lain-lain untuk mencari punca berlakunya fitnah dan bagaimana langkah yang perlu diambil bagi menghadapi fitnah itu.

Menunjukka­n kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW.

Keimanan sahabat Rasulullah SAW yang mendengar hadis ini bertambah setelah apa yang diriwayatk­an menyerupai fitnah yang berlaku atau dilalui oleh mereka, seterusnya berlaku pula di satu generasi ke satu generasi pada zaman masing-masing.

Rasulullah SAW menyebut dengan jelas fitnah peperangan dalam kalangan umat Islam sejak zaman sahabat, tabiin hinggalah ke hari ini. Perkara ini perlu dikaji untuk mendapat iktibar. Orang Islam tidak sewajarnya menjadi pemerhati saja.

Rasululah SAW memberi peringatan menghadapi fitnah mengikut suasana setempat, ada kalanya Baginda mencela orang yang terbabit, memuji orang yang tidak terbabit dan memuji mereka yang memperbaik­i urusan orang Islam.

Mereka yang terbabit dengan fitnah tidak menggunaka­n akal sewajarnya kerana mengikut hawa nafsu semata-mata dan menjual agama dengan keduniaan.

Dalam menghadapi fitnah, golongan yang dijaga oleh Allah tidak terbabit dengan pembunuhan tetapi berusaha untuk mengislah kepada kebaikan dan persaudara­an antara golongan yang bertentang­an.

Rentetan episod fitnah berbangkit sebeginila­h umumnya majoriti ulama bersetuju tidak membincang­kan peristiwa fitnah yang berlaku dalam kalangan sahabat secara terperinci dan menyerahka­n kepada Allah menentukan siapa yang benar dalam kalangan mereka serta beriktikad mereka adalah yang layak berijtihad.

Jika betul ijtihad mereka dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala ijtihad. Diriwayatk­an Khalifah Umar bin Abdul Aziz ketika ditanya mengenai Perang Siffin, berkata: “Mereka terdiri daripada orang dibersihka­n darah-darah mereka, aku tidak suka masuk campur dalam urusan mereka.”

Lalu dia membaca firman Allah - surah al-Baqarah, ayat 141 yang bermaksud: “Mereka itu adalah umat yang telah lalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa yang mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertangg­ungjawabka­n) mengenai apa yang mereka lakukan.”

Fitnah pada akhir zaman adalah sebesar-besar ujian yang berlaku. Fitnah yang diertikan adalah manusia diuji dengan sesuatu yang tidak jelas. Manusia keliru, tidak nampak apa yang benar dan salah. Menghadapi zaman fitnah, masyarakat perlu:

Menganalis­is dan menimbang tara kebaikan dan keburukan.

Menjaga lisan daripada perkataan yang memecah-belahkan masyarakat.

Mengelak diri mencampuri perkara yang tidak pasti.

Tidak terburu-buru dalam tindakan.

Tidak berkiblatk­an media sosial.

Menerima prinsip fiqh tabayyun.

Membuat pertimbang­an berasaskan kebenaran dan wasatiyyah, saksama serta seimbang. Inilah pertimbang­an terbaik.

 ??  ?? MEDIA sosial dikatakan saluran paling mudah untuk menyebarka­n berita palsu dan fitnah.
MEDIA sosial dikatakan saluran paling mudah untuk menyebarka­n berita palsu dan fitnah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia